Sunday, November 23, 2008

ZALAM GELAP HANTU RAYA

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisis dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: Pertama - penganalisisan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. Kedua – penganalisisan politik ini dicampuradukkan dengan harapan dan mimpi si penganalisis itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul daripada ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan.

Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang menganut Buddha, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa dihalau. Keputusan pilihanraya umum 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi, maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa, kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup.

Eric Chia dibawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan dibawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek, korek, korek (correct, correct, correct). Malah Hantu Raya sendiri telah diheret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Keadaan ini cukup menggerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa dihalang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali.
Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strategi untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak-peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, elektrik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu daripada dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasai parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporakperandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cacamarba.

Hantu Raya juga telah mengusutmasaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak-peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk magistret dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali, Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation.

Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan 'agung' Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengisytiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya.

Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat corak siapa yang dilantik dan diyakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak kecik, Megat dengan penjual kedai video, Nazri dengan teksi-teksinya, Rafidah dengan APnya.

Lagi banyak si menteri bermasalah, lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah, lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau seekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya, maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki strategi berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat di tangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang diwakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya, bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutong.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukong-cukong besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukong borjuis nasional yang diketahui umum.

Mereka ini semuanya menjadi polong kaya-raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi, ECM Libra, atau Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya-raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggodam Khairy Jamaluddin, menggodam Tingkat Empat dan menggodam Kalimullah Hassan.

Penggodaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriotisme, dasar luar negara dan, dan, dan... Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.

Pada akhir 2008, kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk ditunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Dr Mahathir Mohamad.

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN RAKYAT

Hegemoni ketuanan Melayu yang disebarkan oleh United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli PKR.

Ketuanan Melayu ini juga "mencelarukan pandangan agama" sebahagian anggota-anggota PAS. Ketuanan Melayu ini juga memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli DAP.

Kelemahan ini jelas terpampang dalam kes pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pelantikan ini telah mencarikkan kulit ahli-ahli PKR, PAS dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah ketuanan rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat masih belum difahami untuk dihayati secara mendalam.

Ketuanan rakyat ialah falsafah yang tidak menobatkan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan rakyat tidak berpaksikan bangsa atau agama. Ketuanan rakyat melihat keupayaan individu. Ketuanan rakyat melihat keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengungguli dan menobatkan seseorang bukan kerana seseorang ini Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu dibantu bukan berasaskan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasaskan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita melihat selama 50 tahun bagaimana dasar ketuanan Melayu telah memporak-perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti, semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lingkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendak meramaikan Melayu ke pusat pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu dapat belajar tapi nilai ilmunya di bawah sifar.

Melantik Melayu menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan keunggulan ilmu. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu.

Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan, hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan dirasuah.

Apabila terjadi sedemikian, yang dinaikkan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Gejala ini bukan lagi satu rahsia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar.

Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ia Melayu atau Islam. Pandangan ini salah.

Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Perlembagaan dan undang-undang diwujudkan untuk menobatkan keadilan, bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam ketuanan rakyat, keadilan milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana seseorang itu Islam, Cina atau Melayu tidak akan menjamin apa-apa. Terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan "hidup Melayu" dan "ketuanan Melayu". Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keislaman gerombolan mereka. Hasilnya elek.

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak, yang paling berpengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian anggota DAP ini yang masih memiliki faham kecinaan yang tebal. Pandangan kecinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya daripada kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAP-nya, maka muncullah kecinaannya.

Pandangan kecinaan ini juga wajib dilawan dan ditentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Kemelayuan dan kecinaan ini buah kelapa berbeza dari tandan yang sama.

Kecinaan dan kemelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah ketuanan rakyat.

Islam adalah agama yang tidak memandang warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli PAS yang menentang pelantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gendernya, maka amat jelas ia menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli parti jenis Islam ini terhadap agama masih cetek dan amat-amat disangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutbah mengatakan bahawa Islam itu lengkap dan Islam itu sejagat. Islam itu tidak memandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar, maka kelihatan kulit kemelayuannya jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam wajah Islamnya.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep ketuanan rakyat yang berpedomankan meritokrasi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan Islam, malah meritokrasi diagung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kepercayaan, bangsa atau gender, maka pandangan agama ini salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan daripada satu jalur kabilah PKR, DAP dan PAS ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini memunculkan kulit Melayunya, kenapa kabilah PAS ini mencuak kulit tidak Islamnya, dan kenapa kabilah DAP memunculkan kulit kecinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakluki kesemua jalur dan lembaga budaya tanah air kita.

Kepencongan pandangan yang kita dengar daripada PKR, PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka ada fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju, seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran seperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah, mereka akan memberatkan saku perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus mengganggu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia baru.

Dalam Malaysia baru, ketuanan rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia baru, anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangsa memiliki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat.

Friday, November 21, 2008

hahhhhhhh.........aku dah agak dah.......ni lah jadinya................

hah
cuaca semakin hari semakin membusuk
kalau dulu kering selalu
orang nak basah
ahhhh orang nih memang macamtu

pagi ini katil aku kosong dihuni jasad tepat jarum memacak pada jam 6
heh
nyamuk memang tak pernah tahu
asyik asyik menghunus tanduk tepat ke pelapik daging
hemmmm aduh mulalah
tergaruk sana tergaruk sini
hemm
setiap manusia punya peneman
dan ada yang tulus tugasnya dan ada yang busuk langkahnya
kalau busuk mampus dan hanyut lah
kalau wangi dan harum telunjuknya maka berteraburlah lambakan keindahan sahbat di merata


hahahahahhem bila dah mula meningkat baligh
semua nafsu meningkat
semua sarakah mencacak
haha
mula lah teraba raba cari calon
hemm
ini zaman serba global
ini bukan benda pelik lagi
bukan satu larangan hitam lagi


tapi ingat lah kau semua
kalau ada bahagia
adalah sedih dan bangsatnya
ada syurga ada neraka
ada manis ada pahit

bila manis abis semua tak terhijab
bila dikemuncak habis semua dah tak kenal lagi dah
yang nampak hanya lah muka mata air
jiwa melayang entah ke mana

emmm
cinta
emmm awek
emmm pakwe

emmm
tapi bila susah meruncing
bila susah menerjah
sapa yang dicapai
sapa yang direngek
kalau bukan golongan yang dah naik muak duk pandang
kebahagian palsu selama itu

golongan mana lagi
kalau bukan kawan
kawan yang hanya dibangsatkan
hanya didekat dan disendeng bila susah
ingat kawan ni apa
mesin taik!!!
mesin penggal babi!!

hah
dah susah kau terhegeh
bila senang mampus aku pun kau tak nampak
hei manusia
ingat kau bukan sorang boleh meninggi
kena beramai
hahaha

Thursday, November 20, 2008

HANGAT NIIIIII .......PANASSSSSS,.....NAJIB TAK PERNAH JUMPA ALTANTUYA.-RAZAK BAGINDA --MALAYSIA INSIDER-

KUALA LUMPUR, Nov 20 – Political analyst Abdul Razak Baginda said today that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had never met his Mongolian lover Altantuya Shaariibuu who was brutally murdered two years ago.

He pleaded for the "lies about Datuk Seri Najib Razak and his wife" to stop.

TERJEMAHAN:

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda berkata hari ini bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah bertemu dengan kekasihnya Altantuya Shaaaribu yang telah mati dibunuh secara ganas dua tahun dahulu.

Dia merayu agar ‘ fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau’ di hentikan kan.


RAZAK BAGINDA RAYU HENTIKAN FITNAH TPM, ISTERI - melayau


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 31 Oktober lalu, hari ini merayu semua pihak berhenti daripada melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

RAZAK BAGINDA MINTA HENTI FITNAH TPM,ISTERI DALAM KES ALTANTUYA – berita hairan

KUALA LUMPUR 20 Nov. Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.



kah kah kah …DIHENTIKAN? kah kah kahu…. kah kah kah…. kah kah kah….. kah kah kah …. kah kah kah…. kah kah kah…

kah kah kah… tak cakap APA APA FITNAH PUN…. kah kah kah… kah kah kah…

kah kah kah…. TAK KAN KAH KAH KAH PUN FITNAH KE… kah kah kah …. kah kah kah kah

HANGAT NIIIIII .......PANASSSSSS,.....NAJIB TAK PERNAH JUMPA ALTANTUYA.-RAZAK BAGINDA

terkenang sejenak dan selintas mata

cuaca semakin hari semakin tak menentu
sekejap basah
sekejap matahari mencacak
emm
kalau basah ada yang seronok
kalu terik panas pun ada yang bersorak
yelah
kita ini manusia
bukan sama
organ je sama
tapi rasa dan kata selalunya jauh berbeda

bila tiba hujung semester
mula lah pening
nak berlegar legar
nak carik balik kitab dulu
kalau jumpa eloklah
kalau tak abislah

tapi ini semua benda biiasa
semua manusia pun macam ni
suka sangat buat benda bila masa dah mula mencekik tengkuk

bila semua senang langsung lah tak ngerti semua
bila masa ni mulalah pustaka penuh
emm
nampak macam gah pustaka berfungsi dan bernyawa semula
kalau kemarin kitab kitab baru pun dah mula nampak buruk
ahh
aku ni sapa plak
nak pandai pandai tegur yang lain
sedarkanlah diri sendiri
tapi tak semestinya semua kena macam begitu
semua mesti sendiri betul dulu
emm
sudahlah

AHHH.... MUNGKIN BERHABUK TIDAK MENGARCA NUKILAN

hemm sudah sekian lama blog ini tidak disendatkan dengan arca dan wacana seikhlas hati
hemm...mungkin trajedi duniawi memenuhkan rongga rongga masa sang penukil
mungkin sudah tiba segalanya kembali
kembali menggegarkan kesunyian sepi yang beralun suram
emm aku
dan engkau
semua melalui pengalaman yang sinonim
dan tapi setakat mana minda mengambil teladan adalah hak peribadi
kita bukan penilik kebahagiaan
dan kita juga bukan pengundur kejayaan
kita segalanya hanya berhak menyerah dan memberi kepada yang berhak
menentukan destinasi hidup setiap insan dan objek ilhamnya

emm
sampai bila mahu begini
setiap kesenangan dan kemewahan dirangkul
dan digahkan
bukan dari kudrat gabungan zahir dan batin sendiri
mengapa mesti membangga
sedang iannya perolehan insan lain
emm
mungkin itu sikapnya manusia
suka bergah gah
tidak kira dari mana sumbunya kesenangan itu

kadang kadang aku teruja melihat
sejenak juga ku begitu
mungkin juga kerna aku punyai fitrah nasib yangsama
sudahlah
sudah cukup
kita ini sekaum
sewarna kulitnya
sebahasa pertuturannya
mengapa mesti meneruskan kekejian sikap bangsa aku ini
kita boleh maju
boleh gah seduduk dan setanding bangsa lain
pokok dan asalnya
sikap keji dan angkuh kau jangan kau majukan
kuburkan dan gantikan dengan semangat dan roh yang baru
roh segar dari sikap lama yang lapuk
dan berhabuk.....