Sunday, March 1, 2009

kebumiputeraan

Selama mana adanya bulan dan matahari, selama itulah akan tetap ujudnya golongan manusia di tanah ini. Manusia sememangnya diujudkan untuk mengurus dan meluruskan sistem di tanah ini, namun masih terdapat kepincangan dan kegoblokan yang bertaburan dan melata di bumi, pengejaran ke atas harta dan darejat telah melelapkan mata mereka pada kemanusiaan dan keperiaan pada kumpulan yang sememangnya di seksa oleh dunia.

Mereka golongan yang berlari menjinjing harta dan darejat bukan goblok, mereka mengatur sejuta senjata dan jerat demi merealkan impian dan ketinggian yang mereka inginkan. mereka berdakyah , mereka menabur bakti palsu, mereka melakukan segala yang tampak indah pada mata kasar dan hanyir pada pandangan halus. Mereka berdakwah, mereka dan mencereka istilah istilah hikmat demi memuliakan tujuan busuk mereka. Hak kaum yang lebih memerlukan dinafikan atas nama warna kulit dan keturunan mereka, kehakiman keperluan bukan berlandaskan keperluan dan kondisi mereka.

Lihat sahaja di dunia , mereka manusia takkan dapat mengelak dari sikap pekauman yang sudah semestinya busuk itu. Bumiputra, satu istilah rasis yang jelas dan meolak konsep keadilan kesaksamaan. Mereka yang bergelar pribumi diberikan habuan dan buah dari segi keturunan dan nenek moyang mereka, bukannya berdasarkan keperluan dan kemandirian hidup mereka. Seharusnya sikap ini di buang dan dicampak jauh , karena dengan sikap ini golongan yang bukan dari nenek moyang yang sama tidak berhak sesen pun atas nama mereka, mereka dinafikan hak mereka sedangkan ada kalanya mereka lebih memerlukan dari golongan pribumi.

Atas nama bumiputera juga lah golongan miskin dari kaum dan bangsa lain ditidakkan hak mereka. Mereka tidak mampu memohon apa apa hanya dengan karena mereka bukan dari datuk dan tanah asal yang sama. Adakah kaum bukan bumi itu semuanya senang dan semuanya berduit dan berharta?

Oleh itu atas dasar meneruskan kemandirian pemerintahan mereka, golongan bumiputera terus dimanja dan di tatang-dan kaum miskin terus ditindas,
wahai manusia yang bijak dan dungu sekalian fikirkan lah tindakan kita selama ini, ingat Allah tidak pernah membezakan bangsa dan warna kulit kalian, ingatlah bahawasanya kita semua adalah anak semua bangsa dan berhak ke atas segalanya yang terbentang di bumi ini, jangan sesekali kita beralah kepada golongan yang cuba untuk menafikan hak kita ini.