Wednesday, August 26, 2009

terbangkan aku..(sambungan bangku itu indah)

kesyahduan malam tidak pernah bosan meludahkan nikmat buat aku, aku terpaku di kaki lima ini. sudah berapa panjang detik waktu aku labuhkan sauh masa aku di sini,

angin angin malam terus asyik memukul lembut kulit aku yang sudah keras mengecut ini, aku masih lagi di sini, benda yang aku tunggu kan masih lagi belum sampai.

angin terus berubah, jasad terus berlalu, cengkerik masih asyik melaung laung, kehidupan aku masih tenggelam. tenggelam dalm lembah yang aku sendiri ciptakan sendiri.
lembah ini tidak pernah manis untuk di diami di dalam nya, namun aku, aku telah pun menikah dengan nya-lembah ini.

aku hikayatkan kehidupan aku demi nya. aku akan cuba keluar.

"brader' lamunan aku disentap tegap. aku mendongak. dengan secangkir senyuman aku hadiahkan buat dia.

"tunggu apa ya? "dia melontar satu tanda soal buat aku. Aku tunduk,

"duduk dulu dik" aku mengaju pelawa sambil menepuk nepuk ruang kosong di sebelah bangku.. embun malam sudah pun mula membasahi bangku ini. zarah air telah dapt aku rasakan.

"maaf ya bang, abang nak kemana sebenar nya?" dia tak alah bertanya lagi, walaupun soalan pertama nya telah aku sampahkan.

"entah la dik' aku jawab sambil menghela nafas agak kuat ke udara.

"ish, abang ni, takkan tak tahu nak kemana." dia cuba memanjang kan tali perbualan kami.

"adik budak sini ya?" kali ini aku pula mencampak soalan buat dia. aku cuba lari.

"haah, saya jual beger kat depan tu, da lama saya perhati abang kat sini, tu pasal saya tegur." jawapan berjela dia talukan pada aku.







akan bersambung.....

Tuesday, August 25, 2009

bangku itu indah

'ting', tin kosong merah itu terpelanting akibat kaki aku, mata aku meliar melihat pergerakan jasad yang berbondong bondong menenuhi ruang legar stesen bas itu,
bau busuk laju menerjah ke hidung aku sejenak bas lalu melintasi sosok aku,

aku kerutkan dahi, seraya menutup hidung. bau asap yang dihembus bas memang satu yang pantang untuk aku hirupkan dan di jamah paru paru.

dari cahaya matahari , mata aku melihat kerusi panjang gagah berdiri menunggu tetamu,
aku langkahkan kaki menuju kerusi dan bakal menjadi tetamu nya.
aku labuhkan punggung, kaki aku disilang, aku menunduk, melihat jarum jam yang setia berdetik selagi bertenaga, jarum jam tidak menyebelahi aku,

masa yang di paparkan tidak enak dan bukan hidangan yang baik, masa sudah lewat, aku masih di sini,
jam aku endahkan, aku kembali melihat sosok sosok manusia yang berjalan di muka bumi stesen itu. kemana arah dan tanah yang nak mereka capai, itu bukan urusan aku.

seketika masa berdetik, perlahan melintas sekujur tubuh monggel, ayu dan meriah melintas. Mata aku terpaku, helaan nafas menerjah dengan pantas, jantung aku berkerja kuat.Entah kenpa ini berlaku? itu aku tak endahkan.
mata aku terus menikmati hidangan itu, tidak sekali aku alihkan demi menjamin syahdu yang pasti,

rambutnya panjang ke dada, riak muka nya semanis madu, senyuman nya membunuh pria di bumi. Angin yang berlalu meniup sedikit gumpalan rambut nya, lalu dihela nafas untuk menepis kunjungan rambut tadi. aku terus memerhatikan dia. dia keseorangan. aku tak berniat mendekati, inikan lagi memberi kata kata padanya.


kocek seluar jean lusuh aku berisi kotak, aku mencapai kotak itu dengan perlahan. batang batang kretek tersusun.sebatang dari nya aku keluarkan .
muncung ku kini tergantung kretek indonesia, bunyi bakaran cengkih jelas kedengaran tatkala aku menyedut dalam batang kretek.

dia kelihatan menunggu, jasad apa yang ditunggu-itu aku tak tahu, udara udara putih terus aku lepaskan untuk bebas di udara, aku sedekah kan nya pada semua.

sosok indah tadi masih disitu, aku hiraukan dia, masa aku di selam aku sendiri,, menunggu kehadiran cahaya esok..

Sunday, August 23, 2009

selmat hari raya!!!

yuhuuuuu
lagi 28 ari lagi nak raya...
buluh lemang dan pucuk daun kelapa sudah mula risau sekarang..

Sunday, August 9, 2009

sejarah membe gua

dekat seminggu gua x update blog niha, gua balik kampung felda gua, sepanjang gua di sana , gua menghitamkan lagi gua punya kulit, petang2 gua ikut bapak gua g mancing, berjemur, gua lantak ja mentari tembak gua, gua sabar menunggu ikan,

hari ini gua da abis cuti da, sampai ja port gua belajar, gua peranjat lihat membe gua, dia ngh stadi kat negara seberang laut, USSR, dia ngah cuti skrang.. tanggapan awal gua seraya tersermpak ngn mamt ni..

"hoi kur,!" gua tegur dia sambil senyum buat muka terkejut

"yan.." sugul ja dia reply sapaan manja gua tadi..

kami bersalam, gua masuk gua nya bilik, dia ngn kain tuala, meneruskan langkah ke jamban sambil membimbit bakul berisi sabun, ubat gigi dan berus gigi.

selsai dia mandi, gua terus panggil jerit dia, dia nyut , trus melulu masuk dalm bilik gua,

kami bersembang..

intipati pebualan kami..

1) beliau menceritakan keindahan ussr pada gua, gua mula tangkap lentok, sebeb gua x dapt pegi sana, celaka betul.

2)beliau menceritakan perjalan beliau ke kelas-perjalannya mengambil masa 1 jam setengah nk ke kelas, gila celaka jauh, kalau gua, da lama gua keja ja kat sana, kensel ambik degree..

3)beliau menceritakan sifat fasicit gila babi budak budak rusia pada gua. antara contoh nya
-dua budak cina negara china ditikam ketika berjalan bersiar sambil mengunyah koci di mulut.
-membe dia budak malaya di baling molotov pada kaki semasa berjalan solo oleh orang rusia, ketika kejadian, dia sedang menjinjing sebuku roti dan memakai boxer di dalam seluar jean nya.
-budak sana mengagungkan fasict adolf hitler.

gua sengeh ja, gua terus suruh dia rilek, gaya gua seperti kaunselor...