berjalan berpusing pusing sekitar bandar eepoh, bandaraya bersejarah, trafik penuh dengan kenderaan, kalau dulu kenderaan hanyalah kereta kuda, yang dimiliki hanya oleh bangsawan dan tok tok batin kawasan pemerintahan, namun sekarang semuanya berubah, kereta yang berinjin dan basikal yang berinjin adalah satu benda yang lazim. kemajuan manusia tidak akn pernah kebelakang mereka.
kekasih dan berkasih, fitrah lazim manusia, mereka berkasih untuk saling mengasihi. perasaan ini timbul adalah kerana Maha Pencipta telah mewujudkan rasa ini dalam setiap makhluk yang dicipta dan tinggal di daratan dan lautan bumi ini. malahan kucing kurap juga mencintai sesama mereka.
namun adakh perasaan kasih dan sayang hanya wujud dalam kalangan sesama pasangan kekasih sahaja. kita manusia selalu mencanagkan perasaan kasih dan sayang terhadap segalanya,datuk datuk,kkorporat korporat, maharaja sering melaung laung mengatakan kekasihan mereka pada segalanya, namun adakah kekasihan ini palsu dan busuk saja.
sudah semestinya tidak bagi mereka yang mengerti keperluan dan kewajipan berkasih-bukan hanya kata dimulut sahaja
lihat sahaja dunia. dimana saja kaki terhenti tidak akan tidak kita melihat kebojokan dan ketindasan disana sini. mereka berkata mereka kasih namun mengapa senjata senjata masih lagi diujudkan-mengapa masih ada lagi supervisor dikilang kilang senjata, untuk apa senjata ini dicipta,untuk apa bom diletupkan, selain untuk mematikan nyawa manusia,mereka jarang mematikan kucing dengan peluru,mereka juga kurang membunuh kijang dengan peluru. abis tu untuk apakah perbelanjaan besar yang di keluarkan borjuis borjuis ini? mereka adalh untuk membunuh manusia .mnusia yang teramat sangat mengerti sifat kasih. alangkah lebih bagus dan bernas hatta uang uang itu diubah arahnya dan digunakan untuk memberi makan pada setiap warga bumi yang dinafikan haknya. lihat melata di dunia ,berlambak pengemis, berlambak mat mat tak makan. mereka ini lah yang layak menerima uanyang besar itu.
sampai bila lagi kita hendak bercanag kasih jika kita sendiri tidak telus untuk menyatakan nya.
berkasihlah antara kamu dan janagan lah kamu membohongi sifat mulia itu.
Saturday, February 14, 2009
selamat datang hari kekasih
Posted by hensemboncet at 10:51 AM 0 comments
cis derhakalah kau!
artikel ini adalah karangan saudara hishamudin rais, artikel ini juga telah di siarkan dalam harakah, pembaca diharap dapat membaca dengan tekun untuk mendapat kefahaman mutlak mengenai konsep derhaka dan kerajaan,
Cis Derhakalah Engkau!!!
Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.
Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.
Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.
Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.
Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.
Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.
Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.
Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.
Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.
Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.
Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.
Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.
Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.
Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.
Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.
Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.
Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.
Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.
Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.
Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.
Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.
Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)
Posted by hensemboncet at 12:08 AM 0 comments
Wednesday, February 11, 2009
MENUJU KEFAHAMAN TOTAL MENGENAI BUDAYA LOMPAT PARTI
p/s-Artikel ini mungkin panjang sedikit untuk pembaca remaja, namun pengarang merayu dilapangkan sedikit ruang waktu untuk menyelesaikan pembacaan ini demi meningkatkan pemahaman mengenai buday 'crossing party' yang dilihat menjadi duri dalam daging kekacauan hirul di perak.selamat membaca.
JANGAN SALAH NILAI...
Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.
Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.
Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.
Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.
Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.
Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.
Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.
Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.
Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.
Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – dua molikul hydrogen dan satu molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti
Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.
Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.
Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.
Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.
Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.
Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.
Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.
Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.
Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.
Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.
Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.
Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.
Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.
Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)
Posted by hensemboncet at 12:28 AM 1 comments
Tuesday, January 27, 2009
ini malam dia punya
jarum jam menjolok angka 11, berlegar legar di jalan hitam gelap melihat ini malam sapa yang keluar mengdangdut, lokasi dituju masih belum menentu
ikut langkah mahu berhenti sendinya di mana saja suka, melihat seorang cina berjalan,mereka berdua ketawa,
entah apa sebab ketawa dia saja tahu polis tak tahu pm pun x tahu, jalan lengang
orang muda mudi berdannsa atas motor sendiri
menjual nyawa pada malaikat, kehidupan disini selamat, motokar kurang yang penuh motor sahaja imbuhan kar nya hilang
malam ini ada kenduri, anak muda tersenyum,ini lah malamnya, mana tahu ada awek melekat malam ni
bila sampai rumah walimatul dah penuh, motor dah sesak di laman, anak muda duduk, menyangkung
kretek tak lepas dari tangan, duit poket kosong-duduk kampung mana ada kerja
kah kah kah
sebentar menunggu bising datang
hah padanlah penuh, ada joget lambak, makanan hiburan anak muda kampung, sini takda brickfields, takda times square, yang ada apa, getah, sawit, lalang, bangun bangun pagi dah menghadap batang getah
sini kampung bukan new york
lihat seorang anak muda bersembang, seketika ketawa seketika menaip di kekunci telefon tangan sendiri, apa yang ditaip tak tahu, ananda krishnan tahu la, syarikat dia,
gejeng,gejeng,, hah dah mula, anak muda menjerit lantang-tanda suka-mana tak suka sini jarang dah ada joget.
lagu pertama mula, peluh menitik
joget abis laa
kah kah kah
habis pulak lagu satu , lagu dua jalan , layan lagi,sini joget mono, jantan belaka, betina duduk rumah ,tertinjau tinjau dari tingkap-kalau keluar parang terbang
pemuzik bukan search,bukan carburetor dung, hanya peneroka tua-dah 50 an, ahh kira apa-janji joget janji dapat berdansa -dalam gelap pun gelap lah
ini malam memng dia punya
anak anak muda kampung aku
Posted by hensemboncet at 7:53 PM 2 comments
Thursday, January 22, 2009
esok berpetualang lagi
kah kah kah
ungkapan biasa sebelum tulisan bergerak
harap esok segala lancar dan licin
kandungan rancangan petualang harap tiada batu penghalang
esok
dan hari berikutnya
kembali ke gagang semula
walaupun hanya seketika mencecah jubur di tanah ilmu ini
sudah kembali semula ke gagang asal
tak kesah
janji pulang
ada peluang rebut
jangan di bazir dan dibusukkan
ada yang pulang
ada yang tinggal membusuk disini
kah kah kah
masing masing punya sebab alasan individu
ada yang menolak kepulangan demi menjimat wang
tapi dalam segi lain dibazirkan
kah kah kah
insan dan manusia
demi pulang sanggup rela mereka seribu sebab
janji poket penuh
kah kah kah
pada rumah dekat
pulanglah
tunjukkan muka pada orang tua sendiri
bukan dosa
bukan bodoh punya kerja
kah kah kah
jangan cipta alsan
pulanglah
dan pulanglah kalian
kah kah kah
Posted by hensemboncet at 4:38 AM 1 comments
bermula dimensi baharu
kah kah kah
mungkin agak terlewat menaip tulisan ini
namun apa kesah
janji ditaip dan diubah isi tuturnya
sudah empat kali melihat matahari terbenam di bumi ini
kalau sebelum ini di tanah yang lain
tanah ini ku tinggalkan sepurnama tempoh
pulang berpetualang ke gagang semula
berehat membesarkan perut
hidup dibawah naungan tercinta
tinggalkan hiruk pikuk kitab fizik dan sahabatnya
kali ini pulang ke tanah ini dengan kamus dan naskah baharu
kalau kala seoang hingusan
tapi semasa seorang ilmuwan
segala macam gelaran lapuk tinggal melayang
kali ini mengukir keringat
demi peroleh hsail dan impian semasa budak hingusan lagi
untuk menjadi tukang bina
kali ini tahun pertama
purnama pertama bergelar ilmuwan
ingin benar mengukir senyuman di rupa yang tercinta kelak
harap perjalanan ini di rahmat
oleh semua
mungkin tidak dan munkin ya
kelak aku bergelar tukang bina
tukang bina minyak
wahai semua kukuh dan panjatkan diri ini
semoga gelaran mimpi bertukar nyata
semoga semua disamping peroleh sama
jangan ada halangan raksasa
yang bisa membunuh semangat dan cita cita bergelar tukang bina
wahai Yang Esa rahmatkan lah semua mereka
Posted by hensemboncet at 3:57 AM 2 comments
Friday, December 26, 2008
hidupan-hidupan itu
cuaca semakin hari nampak sehat
Posted by hensemboncet at 8:30 AM 0 comments
