Wednesday, August 26, 2009

terbangkan aku..(sambungan bangku itu indah)

kesyahduan malam tidak pernah bosan meludahkan nikmat buat aku, aku terpaku di kaki lima ini. sudah berapa panjang detik waktu aku labuhkan sauh masa aku di sini,

angin angin malam terus asyik memukul lembut kulit aku yang sudah keras mengecut ini, aku masih lagi di sini, benda yang aku tunggu kan masih lagi belum sampai.

angin terus berubah, jasad terus berlalu, cengkerik masih asyik melaung laung, kehidupan aku masih tenggelam. tenggelam dalm lembah yang aku sendiri ciptakan sendiri.
lembah ini tidak pernah manis untuk di diami di dalam nya, namun aku, aku telah pun menikah dengan nya-lembah ini.

aku hikayatkan kehidupan aku demi nya. aku akan cuba keluar.

"brader' lamunan aku disentap tegap. aku mendongak. dengan secangkir senyuman aku hadiahkan buat dia.

"tunggu apa ya? "dia melontar satu tanda soal buat aku. Aku tunduk,

"duduk dulu dik" aku mengaju pelawa sambil menepuk nepuk ruang kosong di sebelah bangku.. embun malam sudah pun mula membasahi bangku ini. zarah air telah dapt aku rasakan.

"maaf ya bang, abang nak kemana sebenar nya?" dia tak alah bertanya lagi, walaupun soalan pertama nya telah aku sampahkan.

"entah la dik' aku jawab sambil menghela nafas agak kuat ke udara.

"ish, abang ni, takkan tak tahu nak kemana." dia cuba memanjang kan tali perbualan kami.

"adik budak sini ya?" kali ini aku pula mencampak soalan buat dia. aku cuba lari.

"haah, saya jual beger kat depan tu, da lama saya perhati abang kat sini, tu pasal saya tegur." jawapan berjela dia talukan pada aku.







akan bersambung.....

7 comments:

mr cekodok said...

ayat bermadah indah
keep it up

ak da jd pengkut stia blog ko ni
da bookmark da pn

=P

hensemboncet said...

syuk: haha, saja ja tulis, nanti aku siapkan cita nih..haha, siap book mark lagi..

tun boja bistara said...

pian!sambung cepat!
macam nice!

hensemboncet said...

ermi: okey okey . kalau aku rajin aku sambung lagi..

mirachantek said...

kau nak suruh aku picit benjolan aku tu? tak mau aku. bhuruk aku nanti

i'm ShA. said...

lalaaaaaaaaa

hensemboncet said...

mira-ala x burok la ma, picit ja