gua mintak maap lama x update bloh nih, gua mengalami peristiwa yang x membolehkan gua meng update mende alah nih,
Tuesday, September 1, 2009
Wednesday, August 26, 2009
terbangkan aku..(sambungan bangku itu indah)
kesyahduan malam tidak pernah bosan meludahkan nikmat buat aku, aku terpaku di kaki lima ini. sudah berapa panjang detik waktu aku labuhkan sauh masa aku di sini,
angin angin malam terus asyik memukul lembut kulit aku yang sudah keras mengecut ini, aku masih lagi di sini, benda yang aku tunggu kan masih lagi belum sampai.
angin terus berubah, jasad terus berlalu, cengkerik masih asyik melaung laung, kehidupan aku masih tenggelam. tenggelam dalm lembah yang aku sendiri ciptakan sendiri.
lembah ini tidak pernah manis untuk di diami di dalam nya, namun aku, aku telah pun menikah dengan nya-lembah ini.
aku hikayatkan kehidupan aku demi nya. aku akan cuba keluar.
"brader' lamunan aku disentap tegap. aku mendongak. dengan secangkir senyuman aku hadiahkan buat dia.
"tunggu apa ya? "dia melontar satu tanda soal buat aku. Aku tunduk,
"duduk dulu dik" aku mengaju pelawa sambil menepuk nepuk ruang kosong di sebelah bangku.. embun malam sudah pun mula membasahi bangku ini. zarah air telah dapt aku rasakan.
"maaf ya bang, abang nak kemana sebenar nya?" dia tak alah bertanya lagi, walaupun soalan pertama nya telah aku sampahkan.
"entah la dik' aku jawab sambil menghela nafas agak kuat ke udara.
"ish, abang ni, takkan tak tahu nak kemana." dia cuba memanjang kan tali perbualan kami.
"adik budak sini ya?" kali ini aku pula mencampak soalan buat dia. aku cuba lari.
"haah, saya jual beger kat depan tu, da lama saya perhati abang kat sini, tu pasal saya tegur." jawapan berjela dia talukan pada aku.
akan bersambung.....
Posted by hensemboncet at 7:46 AM 7 comments
Tuesday, August 25, 2009
bangku itu indah
'ting', tin kosong merah itu terpelanting akibat kaki aku, mata aku meliar melihat pergerakan jasad yang berbondong bondong menenuhi ruang legar stesen bas itu,
bau busuk laju menerjah ke hidung aku sejenak bas lalu melintasi sosok aku,
aku kerutkan dahi, seraya menutup hidung. bau asap yang dihembus bas memang satu yang pantang untuk aku hirupkan dan di jamah paru paru.
dari cahaya matahari , mata aku melihat kerusi panjang gagah berdiri menunggu tetamu,
aku langkahkan kaki menuju kerusi dan bakal menjadi tetamu nya.
aku labuhkan punggung, kaki aku disilang, aku menunduk, melihat jarum jam yang setia berdetik selagi bertenaga, jarum jam tidak menyebelahi aku,
masa yang di paparkan tidak enak dan bukan hidangan yang baik, masa sudah lewat, aku masih di sini,
jam aku endahkan, aku kembali melihat sosok sosok manusia yang berjalan di muka bumi stesen itu. kemana arah dan tanah yang nak mereka capai, itu bukan urusan aku.
seketika masa berdetik, perlahan melintas sekujur tubuh monggel, ayu dan meriah melintas. Mata aku terpaku, helaan nafas menerjah dengan pantas, jantung aku berkerja kuat.Entah kenpa ini berlaku? itu aku tak endahkan.
mata aku terus menikmati hidangan itu, tidak sekali aku alihkan demi menjamin syahdu yang pasti,
rambutnya panjang ke dada, riak muka nya semanis madu, senyuman nya membunuh pria di bumi. Angin yang berlalu meniup sedikit gumpalan rambut nya, lalu dihela nafas untuk menepis kunjungan rambut tadi. aku terus memerhatikan dia. dia keseorangan. aku tak berniat mendekati, inikan lagi memberi kata kata padanya.
kocek seluar jean lusuh aku berisi kotak, aku mencapai kotak itu dengan perlahan. batang batang kretek tersusun.sebatang dari nya aku keluarkan .
muncung ku kini tergantung kretek indonesia, bunyi bakaran cengkih jelas kedengaran tatkala aku menyedut dalam batang kretek.
dia kelihatan menunggu, jasad apa yang ditunggu-itu aku tak tahu, udara udara putih terus aku lepaskan untuk bebas di udara, aku sedekah kan nya pada semua.
sosok indah tadi masih disitu, aku hiraukan dia, masa aku di selam aku sendiri,, menunggu kehadiran cahaya esok..
Posted by hensemboncet at 7:31 AM 4 comments
Sunday, August 23, 2009
selmat hari raya!!!
yuhuuuuu
lagi 28 ari lagi nak raya...
buluh lemang dan pucuk daun kelapa sudah mula risau sekarang..
Posted by hensemboncet at 5:02 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
sejarah membe gua
dekat seminggu gua x update blog niha, gua balik kampung felda gua, sepanjang gua di sana , gua menghitamkan lagi gua punya kulit, petang2 gua ikut bapak gua g mancing, berjemur, gua lantak ja mentari tembak gua, gua sabar menunggu ikan,
hari ini gua da abis cuti da, sampai ja port gua belajar, gua peranjat lihat membe gua, dia ngh stadi kat negara seberang laut, USSR, dia ngah cuti skrang.. tanggapan awal gua seraya tersermpak ngn mamt ni..
"hoi kur,!" gua tegur dia sambil senyum buat muka terkejut
"yan.." sugul ja dia reply sapaan manja gua tadi..
kami bersalam, gua masuk gua nya bilik, dia ngn kain tuala, meneruskan langkah ke jamban sambil membimbit bakul berisi sabun, ubat gigi dan berus gigi.
selsai dia mandi, gua terus panggil jerit dia, dia nyut , trus melulu masuk dalm bilik gua,
kami bersembang..
intipati pebualan kami..
1) beliau menceritakan keindahan ussr pada gua, gua mula tangkap lentok, sebeb gua x dapt pegi sana, celaka betul.
2)beliau menceritakan perjalan beliau ke kelas-perjalannya mengambil masa 1 jam setengah nk ke kelas, gila celaka jauh, kalau gua, da lama gua keja ja kat sana, kensel ambik degree..
3)beliau menceritakan sifat fasicit gila babi budak budak rusia pada gua. antara contoh nya
-dua budak cina negara china ditikam ketika berjalan bersiar sambil mengunyah koci di mulut.
-membe dia budak malaya di baling molotov pada kaki semasa berjalan solo oleh orang rusia, ketika kejadian, dia sedang menjinjing sebuku roti dan memakai boxer di dalam seluar jean nya.
-budak sana mengagungkan fasict adolf hitler.
gua sengeh ja, gua terus suruh dia rilek, gaya gua seperti kaunselor...
Posted by hensemboncet at 6:21 AM 0 comments
Friday, July 31, 2009
kepada warden shahrul, gua nak suap lu punya mulut ngan sudip..
lama da gua x update menatang nih, memang langsung takda semangat gua nak update blog ni,
selalu tiap tiap hari gua akan online dalam facebook, gua asyik perati ja mamat membe gua punya shout out, yang gua angin, bukan main lagi romantik budak budak bercinta dalam facebook,
"sayang, thanks kasi coklat ya' getus sekor minah kat ruang shout out dia dalam facebook
"okey sayang, love u so much," balas pakwe minah tadi
haha. celaka , gua gelak ja tengok perangai heboh bukan main bercinta, berbalas balas dalam face book, heboh nak kasi tau orang, sampai siti nurhaliza pun dia nak kasi tau, pas tu nak suruh siti kasi tau sama laki dia,
aku dah agak dah, heboh heboh memang tak pegi mana, last2 pecah bederai macam biskut meri kalau kita ketuk ngn lesung batu mak masing masing,gua pkai lesung maka gua, lu pakai la lesung mak lu, kang kalau gua datang mah kau nk pinjam lesung kang, apa plak mak kau kata kang, memang pandang hangat je la tgk gua menyangkong sambil ketok biskut merie.
sebenarnya bukan menda tu yang aku nak tulis dalam entri baru aku nih, semalam gua online fb, skali membe gua mase skolah dulu tulis kat gua punya dinding dalam fb,
'yan, apsal lama lu x update blog kau" gua baca tulisan dia sambil duduk atas kusi, ngn pkai kain plikat ja ikat sampai atas tetek, sebab gua baru lpas smahyang, gua smahyang kadang kadang x pkai baju sebab gua tengok haji din bapak kawan gua semahyang cmtu ja, gua ikut ja la, lu kalau nak marah, jangan marah gua, lu pegi tangan haji tu, dia dorong gua.
ini kesah gua sama brader yang suwuh gua update blog nih,
'yan' jom mandi yan' kang air atas habih kang' mus(budak ni lah) pekik kat aku, mabuk pahal tah budak nih ajak aku mandi awal awal. gua buat dek je,
aku tengah sedap menyangkong atas katil junior gua, dia plak g kacau, time 2 gua tengah tengok member gua main futsal kat bawah, skali 'decing' bola melanbung pegi tingkap,bederai. automatik ja bunyi bising terus berkumandang, semua budak mula la menjerit, padahal menda nih muak da jadi kat tingkap blok gua, gua ngan mus sama gak join, gua carut kan la budak yang sepak macam celaka tu,(gua tak nak tulis apa gua carut kan,)
da lepas pecah tingkap, gua terus layan pelawaan mus tadi,
"pek, jom pek' gua cakap sambil lucut sluar sebab nak pakai towel,
gua capai sabun lux buku gua ngan berus gigi,(gua penah ada sebijik ja ubat gigi sepanjang kat sekolah, yang lain suma membe gua yang tanggung)
akan bersambung.....
Posted by hensemboncet at 10:51 AM 6 comments
Saturday, May 16, 2009
shit! aku lupa

semalam hari untuk pengajar
taik la
aku lupa plak nak tulis dalam benda nih
ok skang aku tulis
KEPADA SEMUA PENGAJAR YANG BERTEBARAN
SELAMAT MERAYAKAN HARI GEMBIRA BUAT KALIAN
WALAUPUN SUKMA INI RAWAN
BINTANG ITU AKAN TETAP TERSENYUM
Posted by hensemboncet at 8:21 PM 0 comments
