Tetapi soalnya sekarang mengapa ia mesti diadakan dan dikepalai oleh mahasiswa UITM, mahasiswa yang sering dan sepi dengan demonstrasi mempertahankan hak mereka jika hendak dibandaingkan dengan UKM,UM dan UIA, universitas yang boleh dikatakan lazim dalam perjuangan mereka mempertahankan hak dan menentang kezaliman dan penindasan. Sekiranya diperhatikan dan diteliti sepenuhnya didalam situasi ini, banyak situasi aneh dan ajaib yang berkunjung ketika demonstrasi ini berlaku. Oleh itu didalam tulisan saya untuk kali ini ingin sukacitanya saya mendedahkan keajaiban peristiwa ini, Antaranya ialah
Kenapa pihak polis atau FRU tidak kelihatan atau sememangnya mereka tidak berada di tempat perhimpunan. Sungguh menghairankan jika mereka tidak berada di tempat kejadian! Apakah SB-SB yang ada sudah ‘tidur’ semuanya sehingga tidak tahu satu perhimpunan sebesar itu akan diadakan.
Kenapa pihak kerajaan ataupun pihak polis tidak memberi komen dari segi sama ada perhimpunan ini mendapat permit atau tidak? Selama ini, kalau ada demonstrasi aman sekalipun, pihak polis dan pihak kerajaan mesti sibuk menyatakan perhimpunan tidak ada permit. Sebaliknya, kenyataan Pak Lah yang menyatakan MB Selangor tidak ada kuasa menentukan kuota, nampaknya bersifat menyokong demonstrasi oleh pelajar UiTM tersebut.
Atau apakah pelajar ini telah mendapat permit? Jika ya, alangkah efisiennya pihak polis Malaysia, di mana MB Selangor baru mengeluarkan cadangan pada hari Ahad, pada hari Selasa perhimpunan besar-besaran telah di adakan. Ini bermakna pihak polis hanya mengambil masa sehari sahaja (Isnin) untuk mengeluarkan permit. Tahniah untuk PDRM yang begitu efisien.
Apakah salahnya MB Selangor yang hanya ‘mencadangkan’ agar kuota sebanyak 10% dibuka kepada bukan bumiputera, bukan MB ada kuasa pun untuk ubah kuota tersebut, dia hanya mencadangkan, itu pun untuk meningkatkan status UiTM juga. Ringkasnya, apakah sebuah ‘cadangan’ yang tak salah dan tak membawa kesan pun, perlu dijawab dengan demonstrasi besar-besaran.
Media memetik kata-kata beberapa orang pelajar yang menggambarkan seolah-olah hak keistimewaan orang Melayu akan terhakis dan musnah dengan ‘cadangan’ pembukaan kuota 10% itu. Waraskah hujah ini?
Apakah dalam negara demokrasi kufur ini yang mendewa-dewakan kebebasan berpendapat, kini, dengan hanya menyuarakan pandangan sekecil itu pun sudah dianggap salah dan mesti ‘diperangi’ habis-habisan?
Kita sama-sama saksikan nanti sama ada AUKU akan digunakan oleh kerajaan untuk mendakwa para pelajar UiTM ini yang telah terbabit dengan satu perhimpunan haram, atau jika mereka tidak di dakwa, mungkin sebenarnya perhimpunan ini telah ‘dihalalkan’ oleh kerajaan untuk memburukkan parti lawan? Berdasarkan keanehan yang kita saksikan ini, kita yakin bahawa ia bukanlah secara murni datangnya dari para pelajar, yang masih boleh bergelak ketawa, tersenyum lebar dan bersorak-sorak di sepanjang perhimpunan tersebut. Para pelajar ini langsung tidak kelihatan bersungguh-sungguh memperjuangkan atau risau dengan kehilangan hak Melayu mereka, malah kelihatan bersorak-sorai dengan riang dan tawa sambil menyanyikan lagu terima kasih kepada pemimpin. Jadi, siapakah di belakang tabir? Siapakah di belakang segala ini? Sepertinya seperti terpacul pihakyang memperalatkan golongan ini demi meneruskan seteru politik keji mereka.Wallahu 'alam
0 comments:
Post a Comment