Saturday, August 16, 2008

P44,Permatang Pauh-berpeluangkah anwar?


Tanggal 16 September 2008 sekali lagi bumi bertuah permatang pauh dihujani dan dibanjiri lautan manusia yang datang dengan berbeda ideologi dan fahaman politik mereka. Jika ingin di ukur dari aspek nombor dan angka, sudah terpapar jelasnya bahawa Dato Seri Anwar mempunyai kelebihan yang nyata. Namun adakah beliau mempunyai peluang yang cerah untu menduduki takhta permatang pauh yang sudah ditaklukinya sejak pilihah raya umum tahun 80 an lagi.
Sudah banyak tokoh dari pihak opposisi yang diletakkan di permatang pauh demi untuk menyekat anwar daripada menduduki tempat di dewan rakyat malaysia. Antara tokoh opposisi yang pernah tumbang di tangan beliau adalah seperti Muhammad Sabu, seorang ikon remaja dari Pas yang lantang dan berbisa suaranya, yang kini, Muhamad Sabu telah pun menyandang tampuk kuasa naib presiden pas. Seterusnya ialah saudara Mahfuz Omar, yang juga seorang calon opposisi yang bukannya calang-calang tajam lidahnya ketika menetang kepincangan umno dahulu, dan sekarang Mahfuz omar telah pun menyandang jawatan ketua dewan penerangan Pas pusat, namun kedua dua tokoh tersebut rebah begitu sahaja ketika menentang anwar dahulu.


Bagaimana pula dengan Arif Shah, siapakah dia??layakkah dia untuk menumbangkan anwar?
Jika kita semua melihat dari segi sejarah pilihanraya kecil yang berlaku di Malaysia ini, ianya adalah sama sekali tidak memihak kepada pihak opposisi, walaupun tempat dan kawasan yang ditndingi itu adalh tersohor sebagai kubu kuat pihak pembangkang. Mengikut pandangan benak dan kotak akal saya, ianya adalah bersabit daripada pelbagai faktor. Dan bagi saya faktor yang paling besar dan paling mempengaruhi keputusan ialah kepincangan Suruhanjaya Pilihanraya, suruhanjaya yang dicanangkan bebas namun dari segi hakikat dan realiti alam nya ia adalah sebuah suruhanjaya boneka dan boneka itu adalh dikawal dan dibawah telunjuk sang perdana menteri dan milik parti pemerintah. Berbekalkan penggunaan media ,kepincangan spr, dan dana dan politik wang yang melampau jadi kemenangan bagi pihak Anwar adalah sesuatu yang belum pasti dan tidak boleh kita katakan kerusi itu sudah dimiliki oleh beliau.

sebagai contoh pilihanraya kecil pendang kedah, walaupun sudah diketahui minda umum bahwasanya pendang adalah kubu kuat Pas dan dahulunya adalah kawasan yang diwakili oleh Presiden Pas itu sendiri iaitu Ustaz Fadzil Noor, namun berbekalkan segala taktik kotor sang penguasa, pendang yang dahulunya marak dengan api semangat Pas tumbang dan rebah juga di tangan pemerintah.

walaupun jika dinilai dari segi ketokohan dan jasa terhadap negara, sudah tentunya Anwar mengatasi 2 orang lawannya di belakang sekali tanpa kelihatan kelibat mereka, namun seperti yang saya katakan tadi kemenangan itu sesuatu yang pasti bagi pihak Anwar Ibrahim.

Konklusinya, sekiranya piliharan raya ini berlaku dengan telus dan adil sudah semestinya permatang pauh dibawah naungan Anwar, namun jika sebaliknya berlaku, peluang untuk kedua dua belah pihak adalh sama dan saksama. Oleh itu sama-samalah kita semua menanti keputusan yang bakal diumumkan oleh SPR kelak.semoga yang benar mendapat hak nya dan yang zalim mendapat azabnya.

Sekian , akhir kata daripada saya, SULTAN ADIL SULTAN DISEMBAH,SULTAN ZALIM SULTAN DISUMPAH!

0 comments: