Selalu kita tersalah faham antara – nasionalis, rasisma dan perkauman.
Semangat nasionalis muncul apabila kita mula bertemu dengan kuasa kolonial. Semangat ini bukan hanya dirasakan oleh orang Melayu – malah semangat ini di rasakan oleh semua orang - sama ada di Asia, Afrika atau di Latin Amerika.
Konsep nasionalis ini adalah satu pembentukan fikrah. Ianya bukan sesuatu yang dapat kita pegang. Ianya di bentuk dan di beri takrifan mengikut pola dan ciri-ciri tempatan.
Kita jadi Melayu atau jadi Cina atau jadi Kadazan muncul dari satu proses pembentukan yang berjalan lama. KeMelayuan, keCinaan atau keKadaznan ini wujud dalam fikrah kita. Jasad lahiriah yang kita lihat itu tidak akan berjaya memberikan seratus peratus pemahaman seseorang tentang apa itu Melayu atau Cina atau Kadazan.
Nasionalisma Melayu terbentuk apabila munculnya kesedaran politik. Kalau kita membaca buku Sejarah Melayu kita akan dapat melihat bahawa 500 tahun dahulu tidak wujud konsep Bangsa Melayu. Apa yang tertera dalam Sejarah Melayu ialah konsep Orang Melaka, Orang Kedah, Orang Bintan dan dan dan.
Pertembungan kita dengan Portugis, Belanda tidak juga melahirkan nasionalisma Melayu. Ini kerana Portugis dan Belanda hanya ‘mengeledah’ di sekitar apa yang kita fahami sebagai Melaka. Ini pun bukan Melaka yang kita fahami hari ini. Portugis dan Belanda tidak memasuki ke pendalaman. Justeru Tanah Melayu yang telah di jajah oleh Belanda dan Portugis ini boleh di ‘ baca’ sebagai ‘mitos’. Pertembungan hanya pertembungan Orang Melaka dengan Benggali Putih.
Apabila British datang barulah kita lihat sistem penjajahan yang di rancang. Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sasaran kedatangan awal British. Kaum kolonial datang untuk mencari harta kekayaan. Tiga kota ini adalah kota perlabuhan yang menjadi pusat perniagaan.
Kesedaran Melayu yang dibawa oleh Tok Janggut, Tok Bahaman, Maharaja Lela adalah benih-benih awal yang telah memunculkan semangat nasionalisma. Semangat nasionalis Melayu moden dilahirkan oleh pemikiran baru yang di bawa dari Timur Tengah. Ini kerana kawasan Timur Tengah telah bertembung dengan Orang Putih lebih awal lagi.
Pemikiran konsep nasionalisma ini kemudian di kembangkan oleh pemikiran kiri Ibrahiam Yaacob, Ahamad Boestaman, Burhanuddin Helmi. Harus disedari, gerombolan United Malays National Organisation tidak wujud dan tidak memainkan apa-apa peranan ketika Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Hisbul Muslimin atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya bergerak untuk menaikkan semangat nasionalisma kebangsaan Melayu.
Nasionalisma Melayu bukan benci kepada orang asing. Yang di benci, dilawan dan di tentang oleh semua gerakan nasionalis sama ada di Asia, Afrika dan Latin Amerika – ialah penjajahan terhadap tanah air dan kawasan bumi mereka. Kaum penjajah ini datang bukan dengan niat yang baik tetapi datang untuk menaklok kawasan dan mengambil harta kekayaan negara itu.
Kalau kita melihat sejarah Perlembagaan Rakyat Putera- Amcaja (1947) kita akan memahami bagaimana terbukanya nasionalisma Melayu. Dalam Perlembagaan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua bangsa-bangsa – sesiapa sahaja yang ingin tinggal tetap di Persekutuan Tanah Melayu akan ditakrifkam dan dinobatkan sebagai Melayu.
Bayangkan bertapa radikal, progresif dan terbukanya sikap falsafah nasionalis Melayu yang sanggup menerima ‘bangsa yang datang mencari makan di Tanah Melayu atau yang di bawa oleh British’ – sebagai warga negara bangsa yang baru. Mereka juga menerima takrifan – Melayu.
Melayu dalam pemahaman para nasionalis pada ketika itu bukan biologi tetapi sikap cintakan bumi tempat kelahiran. Dengan mengambil sikap anti-penjajahan Perlembagaan Rakyat kaum nasionalis Putera-Amcaja adalah satu konstruk sosial yang berjangka panjang dan memandang luas ke hadapan.
Ini amat berbeza dengan nilai perkauman yang hanya melihat dari segi ciri-ciri biologi, budaya dan warna kulit. Sifat perkauman bentuk ini amat sempit. Ianya hanya mementingkan dan hanya ingin membela satu-satu kaum atau satu-satu budaya sahaja. Perkauman gagal membuka nilai kemanusiaan sejagat yang luas terbuka. Sifat dan nilai perkauman tidak berupaya untuk mencanai dan melakar nadi baik manusia sebagai insan. Insan yang yakin dengan falsafah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Didalam konteks Persekutuan Tanah Melayu, penjajah British yang pada ketika itu sedang menghadapi perang rakyat – tidak dapat tidak dalam usaha mematahkan pengaruh nasionalis Melayu dan menghancurkan gerakan nasionalis kiri – British telah memunculkan sikap dan konsep perkauman Melayu.
Sikap perkauman Melayu ini adalah taktik ‘pecah dan perintah’. Warga Tanah Melayu yang sedang bersatu mengangkat senjata melawan British kini telah ditanamkan sikap keMelayuan, keCinaan atau keIndianan yang sempit. Pergaduhan antara kaum ini adalah taktik yang paling mujrab untuk menumpaskan gerakan nasionalis dan membolihkan British terus berkuasa. Adu dumba yang bersadur perkauman adalah taktik yang terus dimainkan hingga ke hari ini.
Sampai ke hari ini sikap perkauman Melayu ini telah menjadi teras, dasar dan tiang seri gerombolan United Malays National Organisation. Sikap perkauman Melayu - pecah dan perintah - ini membolihkan gerombolan ini berkuasa dan mengekalkan kuasa. Sikap perkauman ini akhirnya akan melahirkan rasisma.
Rasisma ialah satu pandangan dunia dimana satu bangsa sahaja yang dianggap ‘betul dan berhak’ manakala yang lain bukan sahaja dipinggir malah perlu ditumpaskan. Rasisma ini amat jelas rupa hodohnya ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Sikap dan pandangan dunia rasis telah melahirkan Hitler dan fasisma. Hasilnya ialah pembantaian berjuta bangsa Yahudi yang dianggap musuh. Idealoji rasis ini telah mengkemudikan pembunuhan beramai-ramai sesiapa sahaja yang bukan berdarah German.
Di Malaysia manifestasi perkauman ini dapat dilihat jelas dalam konsep Ketuanan Melayu. Dasar Ketuanan Melayu ada rasis kerana ada satu kaum atau satu bangsa yang akan jadi tuan. Jika ada yang jadi tuan maka ada yang akan jadi hamba. Kaum dan bangsa mana yang akan jadi hamba dalam Ketuanan Melayu?
Setelah 50 tahun British mengundur diri, negara Bangsa Malaysia masih terlalu jauh. Kesedaran dan pandangan dunia warga negara kita semuanya berlandaskan – kaum apa, bahasa apa dan agama apa. Ini tidak sihat kerana anak semua bangsa di Malaysia masih belum dapat menerima dan membulatkan kesatuan cita-cita, kesatuan harapan dan kesatuan mimpi mereka dalam satu nasion yang dipanggil Malaysia.
Babak-babak politik akhir-akhir ini sedang ‘memperlihatkan’ kembali unsur-unsur ajenda Perlembagaan Rakyat 1947 dahulu. Dalam masa yang sama, gerombolan United Malays National Organisation sedang menggunakan ajenda perkauman dan rasisma sebagai senjata untuk terus mengekalkan kuasa dan mematah Ketuanan Rakyat.
Warga anak semua bangsa dalam negara kita sudah bersedia untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Batu halangan utama hanyalah gerombolan United Malays National Organisation.
Friday, September 12, 2008
ANAK SEMUA BANGSA- NASIONALIS, RASISMA, DAN PERKAUMAN
Posted by hensemboncet at 8:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(40)
-
▼
September
(23)
- LALAKI DAN SELAINNYA
- CUKUP
- UMUR
- TERKINI...RAJA PETRA DIBAWA KE KAMUNTING
- TERKINI...RAJA PETRA DIBAWA KE KAMUNTING
- SUHAKAM MAHU METOD KENAL PASTI MISKIN TEGAR DI KAJI
- PMPINAN PAKATAN RAKYAT MOHON MENGHADAP AGUNG
- TERKINI-KICKDEFELLA BEBAS
- SAHUR
- LAKONAN DAN TEATER
- PASANGAN
- EMMMM.....BOSAN DAN SYAHDU
- MENJELANGNYA
- SYARAHAN DAN NIKMAT
- PECAH BERITA.......SAH.....SAPP KELUAR BN...
- HARGA MINYAK DAH TURUN,,,,,,,,APA TUNGGU LAGI,,,,,,,,
- PECAH BERITA---- PENUKARAN PORTFOLIO,,,,,, APAKAH ...
- SORANG DAH LEPAS... JENG....JENG.........JENGGGG
- DITAHAN KERNA CETUS RASISMA-KAH.KAH...KAH
- huuuuuureeyyyy, Mahathir nak masuk Umno balik
- KUI.......KUI........KUI PERANG UMNO DAH MULA...MA...
- UMNO MENGGANASSSS............JENG.JENG,JENG
- ANAK SEMUA BANGSA- NASIONALIS, RASISMA, DAN PERKAUMAN
-
▼
September
(23)
1 comments:
walavey..
smart sgt..
idea yg bgus..
copy-paste
or cetusan idea sndir?
kagum arr....
Post a Comment