Friday, December 26, 2008

hidupan-hidupan itu

cuaca semakin hari nampak sehat

kering dan kering lagi
baju di ampaian pantas keringnya
ikan ikan di mahligai sendiri mula memening
tanah cecair bernafas mula disedut ke langit
tempat mainan mulai mengontang
tok ketua sudah mula berbincang
macmna nak pakat pakat hentam lumrah duniawi ini

petang ini
aku bersahabat memberi roh pada enjin sang pengangkut-sebuah motokar buatan anak bangsa
memerah kelenjar garam tubuh 
menyiapkan kelengkapan yang mesti dan patut
meramas ramas apa yang harus-untuk mengumpan si penghuni paya-penghuni yang nafasnya bersandar insang
aku bersiap
dia bersiap dan dia juga bersiap
segala yang mesti sudah sedia
menyusur lembah jalan raya kampung
sehingga tiba di tempatnya-sang ikan menghuni-menghuni dan terus menyepi

aku, dia dan  dia itu mula berkelakuan lazim
lazimnya seorang pengail
segala yang diangkut di gunakan sehabis mungkin
demi mengumpan dan menamatkan riwayat ikan 
ikan yang bakal menjadi santapan

waktu dan detik terus berlalu dan membisu
aku, dia dan dia begitu juga
kekal mengerutkan dahi
tanda umpan terus lenyap sunyi 
tanpa sedikitpun di jamah oleh bakal mangsa-sang ikan

aku,dia dan dia terus berpegang pada paksi kesabaran
ku kepal lagi umpan persediaan kami bertiga
kulemparkan lagi joran bermata dua
namun tidak ada jua aku berkuasa menarik sang ikan menyentap dan menghibur luka 
-luka kesabran menungu ikan
hah
kenapa nih
saban hari aku mengail penghuni air
namun hasilnya masih belum memuaskan
hahaha

aku tak pernah padam jitu aku
esok aku akan pergi
pergi memburu
tapi bukan lagi disini
sini yang tiada sudi menjamah umpan aku
esok akan aku pergi 
tapi bukan lagi disini

Sunday, November 23, 2008

ZALAM GELAP HANTU RAYA

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisis dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: Pertama - penganalisisan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. Kedua – penganalisisan politik ini dicampuradukkan dengan harapan dan mimpi si penganalisis itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul daripada ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan.

Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang menganut Buddha, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa dihalau. Keputusan pilihanraya umum 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi, maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa, kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup.

Eric Chia dibawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan dibawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek, korek, korek (correct, correct, correct). Malah Hantu Raya sendiri telah diheret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Keadaan ini cukup menggerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa dihalang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali.
Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strategi untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak-peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, elektrik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu daripada dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasai parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporakperandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cacamarba.

Hantu Raya juga telah mengusutmasaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak-peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk magistret dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali, Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation.

Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan 'agung' Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengisytiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya.

Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat corak siapa yang dilantik dan diyakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak kecik, Megat dengan penjual kedai video, Nazri dengan teksi-teksinya, Rafidah dengan APnya.

Lagi banyak si menteri bermasalah, lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah, lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau seekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya, maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki strategi berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat di tangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang diwakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya, bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutong.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukong-cukong besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukong borjuis nasional yang diketahui umum.

Mereka ini semuanya menjadi polong kaya-raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi, ECM Libra, atau Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya-raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggodam Khairy Jamaluddin, menggodam Tingkat Empat dan menggodam Kalimullah Hassan.

Penggodaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriotisme, dasar luar negara dan, dan, dan... Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.

Pada akhir 2008, kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk ditunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Dr Mahathir Mohamad.

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN RAKYAT

Hegemoni ketuanan Melayu yang disebarkan oleh United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli PKR.

Ketuanan Melayu ini juga "mencelarukan pandangan agama" sebahagian anggota-anggota PAS. Ketuanan Melayu ini juga memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli DAP.

Kelemahan ini jelas terpampang dalam kes pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pelantikan ini telah mencarikkan kulit ahli-ahli PKR, PAS dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah ketuanan rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat masih belum difahami untuk dihayati secara mendalam.

Ketuanan rakyat ialah falsafah yang tidak menobatkan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan rakyat tidak berpaksikan bangsa atau agama. Ketuanan rakyat melihat keupayaan individu. Ketuanan rakyat melihat keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengungguli dan menobatkan seseorang bukan kerana seseorang ini Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu dibantu bukan berasaskan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasaskan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita melihat selama 50 tahun bagaimana dasar ketuanan Melayu telah memporak-perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti, semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lingkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendak meramaikan Melayu ke pusat pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu dapat belajar tapi nilai ilmunya di bawah sifar.

Melantik Melayu menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan keunggulan ilmu. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu.

Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan, hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan dirasuah.

Apabila terjadi sedemikian, yang dinaikkan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Gejala ini bukan lagi satu rahsia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar.

Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ia Melayu atau Islam. Pandangan ini salah.

Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Perlembagaan dan undang-undang diwujudkan untuk menobatkan keadilan, bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam ketuanan rakyat, keadilan milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana seseorang itu Islam, Cina atau Melayu tidak akan menjamin apa-apa. Terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan "hidup Melayu" dan "ketuanan Melayu". Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keislaman gerombolan mereka. Hasilnya elek.

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak, yang paling berpengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian anggota DAP ini yang masih memiliki faham kecinaan yang tebal. Pandangan kecinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya daripada kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAP-nya, maka muncullah kecinaannya.

Pandangan kecinaan ini juga wajib dilawan dan ditentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Kemelayuan dan kecinaan ini buah kelapa berbeza dari tandan yang sama.

Kecinaan dan kemelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah ketuanan rakyat.

Islam adalah agama yang tidak memandang warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli PAS yang menentang pelantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gendernya, maka amat jelas ia menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli parti jenis Islam ini terhadap agama masih cetek dan amat-amat disangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutbah mengatakan bahawa Islam itu lengkap dan Islam itu sejagat. Islam itu tidak memandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar, maka kelihatan kulit kemelayuannya jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam wajah Islamnya.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep ketuanan rakyat yang berpedomankan meritokrasi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan Islam, malah meritokrasi diagung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kepercayaan, bangsa atau gender, maka pandangan agama ini salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan daripada satu jalur kabilah PKR, DAP dan PAS ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini memunculkan kulit Melayunya, kenapa kabilah PAS ini mencuak kulit tidak Islamnya, dan kenapa kabilah DAP memunculkan kulit kecinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakluki kesemua jalur dan lembaga budaya tanah air kita.

Kepencongan pandangan yang kita dengar daripada PKR, PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka ada fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju, seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran seperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah, mereka akan memberatkan saku perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus mengganggu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia baru.

Dalam Malaysia baru, ketuanan rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia baru, anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangsa memiliki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat.

Friday, November 21, 2008

hahhhhhhh.........aku dah agak dah.......ni lah jadinya................

hah
cuaca semakin hari semakin membusuk
kalau dulu kering selalu
orang nak basah
ahhhh orang nih memang macamtu

pagi ini katil aku kosong dihuni jasad tepat jarum memacak pada jam 6
heh
nyamuk memang tak pernah tahu
asyik asyik menghunus tanduk tepat ke pelapik daging
hemmmm aduh mulalah
tergaruk sana tergaruk sini
hemm
setiap manusia punya peneman
dan ada yang tulus tugasnya dan ada yang busuk langkahnya
kalau busuk mampus dan hanyut lah
kalau wangi dan harum telunjuknya maka berteraburlah lambakan keindahan sahbat di merata


hahahahahhem bila dah mula meningkat baligh
semua nafsu meningkat
semua sarakah mencacak
haha
mula lah teraba raba cari calon
hemm
ini zaman serba global
ini bukan benda pelik lagi
bukan satu larangan hitam lagi


tapi ingat lah kau semua
kalau ada bahagia
adalah sedih dan bangsatnya
ada syurga ada neraka
ada manis ada pahit

bila manis abis semua tak terhijab
bila dikemuncak habis semua dah tak kenal lagi dah
yang nampak hanya lah muka mata air
jiwa melayang entah ke mana

emmm
cinta
emmm awek
emmm pakwe

emmm
tapi bila susah meruncing
bila susah menerjah
sapa yang dicapai
sapa yang direngek
kalau bukan golongan yang dah naik muak duk pandang
kebahagian palsu selama itu

golongan mana lagi
kalau bukan kawan
kawan yang hanya dibangsatkan
hanya didekat dan disendeng bila susah
ingat kawan ni apa
mesin taik!!!
mesin penggal babi!!

hah
dah susah kau terhegeh
bila senang mampus aku pun kau tak nampak
hei manusia
ingat kau bukan sorang boleh meninggi
kena beramai
hahaha

Thursday, November 20, 2008

HANGAT NIIIIII .......PANASSSSSS,.....NAJIB TAK PERNAH JUMPA ALTANTUYA.-RAZAK BAGINDA --MALAYSIA INSIDER-

KUALA LUMPUR, Nov 20 – Political analyst Abdul Razak Baginda said today that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had never met his Mongolian lover Altantuya Shaariibuu who was brutally murdered two years ago.

He pleaded for the "lies about Datuk Seri Najib Razak and his wife" to stop.

TERJEMAHAN:

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda berkata hari ini bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah bertemu dengan kekasihnya Altantuya Shaaaribu yang telah mati dibunuh secara ganas dua tahun dahulu.

Dia merayu agar ‘ fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau’ di hentikan kan.


RAZAK BAGINDA RAYU HENTIKAN FITNAH TPM, ISTERI - melayau


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 31 Oktober lalu, hari ini merayu semua pihak berhenti daripada melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

RAZAK BAGINDA MINTA HENTI FITNAH TPM,ISTERI DALAM KES ALTANTUYA – berita hairan

KUALA LUMPUR 20 Nov. Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.



kah kah kah …DIHENTIKAN? kah kah kahu…. kah kah kah…. kah kah kah….. kah kah kah …. kah kah kah…. kah kah kah…

kah kah kah… tak cakap APA APA FITNAH PUN…. kah kah kah… kah kah kah…

kah kah kah…. TAK KAN KAH KAH KAH PUN FITNAH KE… kah kah kah …. kah kah kah kah

HANGAT NIIIIII .......PANASSSSSS,.....NAJIB TAK PERNAH JUMPA ALTANTUYA.-RAZAK BAGINDA

terkenang sejenak dan selintas mata

cuaca semakin hari semakin tak menentu
sekejap basah
sekejap matahari mencacak
emm
kalau basah ada yang seronok
kalu terik panas pun ada yang bersorak
yelah
kita ini manusia
bukan sama
organ je sama
tapi rasa dan kata selalunya jauh berbeda

bila tiba hujung semester
mula lah pening
nak berlegar legar
nak carik balik kitab dulu
kalau jumpa eloklah
kalau tak abislah

tapi ini semua benda biiasa
semua manusia pun macam ni
suka sangat buat benda bila masa dah mula mencekik tengkuk

bila semua senang langsung lah tak ngerti semua
bila masa ni mulalah pustaka penuh
emm
nampak macam gah pustaka berfungsi dan bernyawa semula
kalau kemarin kitab kitab baru pun dah mula nampak buruk
ahh
aku ni sapa plak
nak pandai pandai tegur yang lain
sedarkanlah diri sendiri
tapi tak semestinya semua kena macam begitu
semua mesti sendiri betul dulu
emm
sudahlah

AHHH.... MUNGKIN BERHABUK TIDAK MENGARCA NUKILAN

hemm sudah sekian lama blog ini tidak disendatkan dengan arca dan wacana seikhlas hati
hemm...mungkin trajedi duniawi memenuhkan rongga rongga masa sang penukil
mungkin sudah tiba segalanya kembali
kembali menggegarkan kesunyian sepi yang beralun suram
emm aku
dan engkau
semua melalui pengalaman yang sinonim
dan tapi setakat mana minda mengambil teladan adalah hak peribadi
kita bukan penilik kebahagiaan
dan kita juga bukan pengundur kejayaan
kita segalanya hanya berhak menyerah dan memberi kepada yang berhak
menentukan destinasi hidup setiap insan dan objek ilhamnya

emm
sampai bila mahu begini
setiap kesenangan dan kemewahan dirangkul
dan digahkan
bukan dari kudrat gabungan zahir dan batin sendiri
mengapa mesti membangga
sedang iannya perolehan insan lain
emm
mungkin itu sikapnya manusia
suka bergah gah
tidak kira dari mana sumbunya kesenangan itu

kadang kadang aku teruja melihat
sejenak juga ku begitu
mungkin juga kerna aku punyai fitrah nasib yangsama
sudahlah
sudah cukup
kita ini sekaum
sewarna kulitnya
sebahasa pertuturannya
mengapa mesti meneruskan kekejian sikap bangsa aku ini
kita boleh maju
boleh gah seduduk dan setanding bangsa lain
pokok dan asalnya
sikap keji dan angkuh kau jangan kau majukan
kuburkan dan gantikan dengan semangat dan roh yang baru
roh segar dari sikap lama yang lapuk
dan berhabuk.....

Tuesday, October 21, 2008

SENANDUNG KASIH MERENTASI BENAK KALAM INSAN

selalu daku teringatkan setiap saat bermakna
namun tak juga aku peduli memperolehi setiap ku damba
kau dan aku mungkin berbeda dari seluruhnya
namun mungkin jurang perbedaan itu bisa dikecilkan
menjadi lapang persamaan antara kita

aku manusia biasa
yang bisa kabut dari masalah
yang bisa lalai dengan nikmat
namun aku tak pernah lupa
akan tentang asal usul mana datangnya aku

aku bukan bongsunya sang penguasa
aku bukan timangannya sang sultan istana emasa permata

segala rencam pahit maung alam fana ini
mungkin jua telah aku terangi dan tentangi
dan mungkin juga tidak

ibaratkan seorang pengembala
aku akan terus berusaha
meningkah lautan cubaan mendatangi tanpa sangsi

aku ini
tidak berkeupayaan membeli seutuh istana emas
namun aku tidak juga pernah menonjolkan keistimewaan dianugerah

aku sedar aku siapa
dan aku akan terus sedar aku siapa

nukilan: sufian abd hamid

Thursday, October 16, 2008

SELANGKAH MENUJU KEMANA?

hujan dan terus hujan
lopak2 air yang kering kini punya nyawa kembali
baju2 di ampaian mula berrdaki
kusut kepala sang pejalan kaki
menggigil lagi si penunggang motor

bila hujan
penuhlah stesen2 minyak oleh tetamu tak diundang
siapa tetamu itu jika bukan penunggang motor
penuh bas stop
laku lah baju hujan di kedai motor eng wan

aku ni manusia marhaen
tak bisa menetap pendirian insani sendiri
kalau hujan selalu
mulalah naluri inginkan kering dan panas
beza jika panas terus
kering terus
mulalah aku mimipikan sejuk dan basah
menggigil dan kencing
cuba fikir semula
apa yang kita nak sebenarnya

kejap nak ini
kejap nak itu
mana satu nih?
itu lah yang dikatakan tegah sikap meminta
usah kerap merungut kurnian dihadiah

Thursday, October 9, 2008

BERITA GUMBIRA

IMF – International Monetery Fund meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.

Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah bank di UK yang akan jatuh muflis.

Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua perniagaan di hentikan.

Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek – lebih tenat darai tahun 1998 dahulu.

Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay, Karachi – semuanya jatuh.

Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat. Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini. Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana

Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung dan untung.

Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.

Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum, Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal. Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak harta kekayaan rakyat.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking , Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London, Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima – di mana-mana sahaja dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang menjadi pembekal kerja yang paling banyak.

Di Malaysia – bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya menangguk di air keruh – mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.

Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas – pertanian. Kita perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia dengan bahan makanan.

Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering – ipod dan handpone agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.

Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan hari ini perlu digantikan dengan sebuah kerajaan dan pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.

Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai. Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan Rakyat.

Thursday, October 2, 2008

EIDULFITRI

pelita menyala nyala
habis stok diesel di petrol pam mini kering
sapa yang beli
kalau bukan budak kampung
nak bakar pelita
pening kepala drebar lori
hampa
bila tangki tak dapat penuh

tapi takpa
ini bukan selalu
ini jarang
setahun sekali
kalau dua pun bukan selalu
mak ayah
senyum
riang
sengih
bila tengok along
acik angah
semua ponponpon
bunyikan hon masing2
tanda dah sampai kampung

mereka senyum suka
bawa menantu
bawa cucu
bukan selalu
ini jarang
sesekali jumpa
semua lupa
lauk dirumah dah lama siap
untuk anak2 nak pulang

makan reramai
selalu makan berduatapi hari ini lainmeja penuh
meja riuh
habis lauk dalam periuk
dalam kuali
senyum lagi lah mak
senyum lagilah abah

ini raya
semua orang senyum
sikit2 jek yang murung
mereka murung mesti bersebab
takkan tetiba je
tapi ingat
walau setinggi mana
kita semua
seagung mana
kita dijunjung
jagan terlintas nak lupa
nak alpa
dengan semua harta
semua sanjungan
ibu ayah janganlah
biarkan semua mereka

terus nangis
terus tatap gambar kamu
tapi kamu terus sebuk
gembira layan isteri
layan mertua
sampai biar mereka
sedih hampa


kah..kah..kah
ini manusia
ini bukan kura kura
manusia sama sahaja
kah..kah..kah..

Wednesday, September 24, 2008

LALAKI DAN SELAINNYA

bila pandang sana
nampak sorang gadis
manis kita kata
ok saja kawan kata

emm
diri sendiri kita sahaja yang tahu
selera sendiri kita aja yang fasih

emm
memang banyak jenis gadis dibumi
tapi takkan kita suka semua
kita insan
kita lain sikap lain pekerti

bila kita kata ini cantik ini lawa
yang lain cakap biasa
yang lain kata kau gila

hahahaha
hidup memang bosan seorang
memang kosong sendiri

kah...kah...kah
memang berisi berdua
penuh nikmat bersama

tapi ini dunia
dunia bukan macam tadika
mudah kacang

dunia payah dunia susah
nak makan susah nak mandi susah
inikan pula nak memilih pengisi
pengisi ruang sepi sang lelaki
ruang sepi sang wanita

kah..kah..kah
aku dah 18 hijrah hidup
ratusan purnama melihat gadis
mustahil tiada yang tersangkut
tersangkut dijiwa ini

kah..kah..kah
tapi aku hairan kenapa yang lain boleh
yang lain berani
mencari pasangan sendiri
tapi aku

aku takut aku gabra
aku tak tahu kenapa
aku suka kat dia
tapi aku yakin dia tak suka aku
itulah konklusi awal aku setiap kali terpegun pada seseorang gadis

emm
entah bila aku nak berani
berani tampil mencuba

kali ini seklai lagi aku jatuh
jatuh pada seseorang
sekali ini juga aku kecut aku takutt

bila tengok dia keluar gembira dengan yang lain
aku rasa semacam
aku mushkil lagi
mungkin peluang dah berakhir

namun aku jangan putus
putus asa putus harapan
hahahaha

mungkin tak lama lagi aku berani tampil
mengatakan kata hati pada dia

dan kali itu juga aku tampil dengan sedia
sedia menerima penolakannya

kah..kah..kah..
aku harap dia juga suka padaku
kalu dia tidak
aku pedulik apa
dunia bukan kecik
bkan macam kotak mancis saiznya

dunia besar
banyak lagi cintaaaa

kahh.kah..kah

kali ini aku bingung lagi
kenapa
kenapa ini aku nih

mengarca nukilan jiwangggg
kah..kah..kah

CUKUP

tak pernah cengkerik berbunyi
malam ni depa bunyi
entah kenapa
kita tak tahu

entah2 mak dia hilang
entah2 kasut dia koyak
entah2 marka dia keluar dengan lelaki lain

kita tak tahu
kita semua dibelenggu

malam ini bintang menyorok
sembunyi entah kemana
tugasan dimeja bertimbun
esok juga depa mintak
kiat cuba cari alsan
tapi depa tolak
mereka kata dah lapuk

mengapa boleh lapuk?
mungkin karena kita tandus
tandus cari alasan baru
untuk kelentong depa

tapi dah lumrah
kalau ada kena siapkan
kalau takda duduk sahaja

kawan datang mengejut
bawak bantal bawak penyodok
semua datang buat kepoh

entah kenapa aku bingung untuk saat awalnya
mereka jerit selamat lahir
emm
aku paham
ini tanda sahabat
mengingati sahabat lain
depa suka
depa lupa segala

depa ajak pergi sambut
mula kena tolak
takkan nak terus sebut ya
kita ada adab ada strategi

hahaha
dah lama aku hidup
dah lama aku menempuh 24.09 setiap tahun
tapi pelik
tapi suka
ini kali kesatu aku disambut
aku dirai

hahahahaha
sahabat
memang sahabat
diorang tak mintak balas
diorang tak minta bayar
diorang sambutkan untuk aku
hahahahaha

ini aku ingat
sebab ini kali kesatu aku dirai sempena 24.09
aku syukur aku dongak

malam itu bintang kembali muncul
mungkin turut serta menyambut
tarikh24.09

hahahahaha
ini aku ingat
ini hari pasti ku ingat

UMUR

cuaca hari ini nampak tak menentu
pagi nya mendung
petangnya terik
malamnya mendiam tanpa bintang gemerlip

hari raya lagi 7 hari

semua kedai sepatu penuh
kedai baju pun sesak
sengih simpul tokeh kedai
kuli letih puasa
layan pelanggan berduyun
angkat sepatu dari belakang
pinggang seliuh
lutut lenguh

tapi apa nak buat
kita bukan bos
kita bukan tokeh
tapi kita kuli
sebab apa
kita kurang ilmu
kita takut cuba

ia benar la kata semua
tapi kita kuli
bukan tahi
tokeh ada jantung
kita ada jantung

tokeh ada hati
kita ada hati
tapi kenapa kita kena macamni
kenapa kita disuruh sana
diarah sini

bila kita kata letih
bila kita sebut lesu
depa marah depa herdik
cakap kita makan gaji buta
berat tulang
berat semua

gaji kecik nak buat apa
adu sana mintak jolok
adu sini mintak suap


ya
ketua nasional kata nak perang
tapi sampai bila nak begini
umur makin lanjut
dari bayi naik tadika
sampai nak masuk lahad

tak jugak sampai sampai nak lihat
rasuah sampah hilang
semua orang suap sini
bila adu
depa lepas
cari makan mereka kata

kalau yang jawat kecik makan kecik
ni depa pak menteri
bukan ambik kecik2
biliun
mereka kenyang
kuli kedai sepatu terus lapar
terus kena angkut baju
angkut sepatu
makan sahur pun susah


ingat lah
kita anak semua bangsa
memang kita lain kulit
kita lain adat
tapi kita duduk sama tempat
kita semua duduk bumi
duduk dunia
jalan semua sama
semua simpang siur

dunia bukan mudah
ingat kita anak semua bangsa

Tuesday, September 23, 2008

TERKINI...RAJA PETRA DIBAWA KE KAMUNTING

Terkini,blogger mayshur,Raja Petra Kamarudin hari ini dibawa ke Kem tahanan kamunting untuk ditahan selama 2 tahun di bawah akta dalam negeri.

Menteri dalam negeri,Hamid Albar, telah menandatangani arahan pemindahan berkenaan.

TERKINI...RAJA PETRA DIBAWA KE KAMUNTING

Terkini,blogger mayshur,Raja Petra Kamarudin hari ini dibawa ke Kem tahanan kamunting untuk ditahan selama 2 tahun di bawah akta dalam negeri.

Menteri dalam negeri,Hamid Albar, telah menandatangani arahan pemindahan berkenaan.

Saturday, September 20, 2008

SUHAKAM MAHU METOD KENAL PASTI MISKIN TEGAR DI KAJI

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu Unit Perancang Ekonomi mengkaji semula garis pendapatan kemiskinan yang digunapakai dan metodologi yang diguna dalam mengenal-pasti penduduk yang benar-benar miskin tegar."Sebagai tambahan untuk mengukur pendapatan, indikator kualitatif dan kuantitatif mesti diguna bagi memastikan mereka yang benar-benar miskin tegar dimasukkan tanpa mengira etnik, agama atau bahasa.

kah..kah..kah ni satu lagi hal dalam tanah melayu, dah lebih 50 tahun laung merdeka tapi tak tau lagi nak kenal orang miskin

meh sini den bagitau kek kau sumo arr
orang mosokin nih takdo duit, takdo umah cantik, bocor sano bocor sini,,

kah...kah...kah
orang miskin nih ramai la bang kat tanah melayu
mereka semua tidak mendapat pembelaan yang selayaknya,

kah..kah..kah
mungkin ada benar cadangan SUHAKAM ini
jika dilihat metodologi kuno yang diamalkan umno ni

yelakan, jika sebelum ini orang miskin yang bakal menerima habuan sejemput pihak kerajaan adalah ditentukan oleh ketua kampung merangkap ketua JKKK

KAH..KAH..KAH..
mengarut je lahh
sudah pasti lah suku sakat mereka yang kenyang perut
habis bantuan pak andak mereka yang bolot, mak long dia yang sambar,

KAH..KAH..KAH
tak tau la bila sang miskin yang sudah terhimpit dengan hidup boleh lepas dari semua cabaran bangsat yang perlu mereka tanggung selama mata celik di dunia

KAH..KAH..KAH
entah bila pendiri negara mahu terus tenggelam meminum harta yang dirampok dari rakyat sendiri
entah bila lah keadilan akan terbukti

emm
dunia memang kejamm
ramai mencanagkan begitu
namun tak ramai yang berusaha untuk menzahir dan mendirikan keadilan

KAH..KAH..KAH
kelakar lah dunia nih

PMPINAN PAKATAN RAKYAT MOHON MENGHADAP AGUNG

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkata : Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat resmi momohon untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung.

YB Dr Mujadid berkata demikian dalam satu forum anti-Isa di Pulau Pinang malam tadi.Jika pemohonan mengadap di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung maka pucuk pimpinan Pakatan Rakyat akan menyembahkan nama-ahli-ahli parlimen yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pakatan Rakyat berharap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung akan menasihatkan Perdana baru-baru ini di Terengganu semasa 'krisis' perlantikan Menteri Besar.

TERKINI-KICKDEFELLA BEBAS

Polis akan membebaskan penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Abdul Aziz pada pukul 5 petang hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

Peguamnya, Ammit Pal Singh telah berkata demikian.

Friday, September 19, 2008

SAHUR

hari ini matahari memancar dengan sungguh gah
kenampakan awan awan mendung suram nampaknya kurang
pagi tadi terlepas sahur
sahur yang membezakan puasa kapir dan mukmin
selalunya makanan kafe kerap dan tak jemu mengisi usus
namun pagi ini
sekali lagi cacing perut kecewa
menanti makanan yang entah tak kunjung juga

selalu makanan nasi berlaukkan ayam
entah dari mana datangnya ayam itu
entah pada umur berapakah dia disembelih
entah pada tahun ini berapakah umurnya
entah siapakah bapanya
entah siapakah ibunya
entah dimanakah kampungnya
entah selesa entah tidak tinggal di reban

pernahkah kita terfikir semua ni?
emmm
tidak mungkin terjadi

pagi ini juga
berakhirnya ujian tengah semester
emmmmm legaa
walaupun kadang kadag terfikir
bilakah dan sampai manakh semua ini mahu berakhir
ujian dan periksa tak pernah lari
dari satu persatu perlu kita hadap

ramai mengeluh
ramai mengadu
namun ini takdir insan
siapapun tak bisa lari dari lumrah
hidup di dunia
dunia tak pernah memanjakan rakyatnya

siapa yang mengharapkan keselesaan dan kemanjaan dunia
tidak bisa memperolehnya
sama sekali
keseksaan dan kegagalan lah jawapan nya
sekiranya kemanjaan yang diagungkan

Wednesday, September 17, 2008

LAKONAN DAN TEATER

kah...kah..kah
sebentar sahaja tadi
pulang dari menonton latihan teater
pelakonnya sungguh mengiakan wataknya
seperti mahu menghidupkan watak yang palsu

kah..kah..kah
namun aku bangga dengan mereka
mereka semangat padu berlakon
kalaulah
semangat itu dapat diagihkan
sama rata bersama pelajaran dan reformasi
ia lebih bagusss

kah..kah..kah.. aku kagum sama
anak muda
mereka kini pandai
mula tahu
memanfaatkan masa

tidak memilih untuk membazirkan
mereka juga sedar
masa bukan sembarangan
kalu bijak
masa menolong segalanya

kah..kah..kah..
hatta sahaja aku tonton
teater itu
terbit pula aku
ingin menceburinya
entahkan seronok
entahkan tidak

emmmm
tengok lah nanti
ada rezeki
adalah

kah...kah...kah...

PASANGAN

KAH..KAH...KAH
jalan jalan petang tadi
naik moto kawan punya
macam macam ragam orang
tapi duduk menara gading
kalau tak bertembung
pasangan bercinta
benda mustahil


KAH...KAH...KAH
aku dah naik muak
dengan benda nih
kalau nak bercinta
cinta je lah
tak payah la
lebih lebih
kita bukan kapir


kalau kapir boleh la
ini
kita mengaku islam
mengaku melayu
bila bab yang kita suka
tapi islam tak bagi
kita mulalah
nak bantah

ini apa benda nih
kalu betul islam
terima lah semua
jangan nak tolak sikit
ambik sikit


kau semua
tau lah
ade abang sayang
ada dinda manja
tapi
jagalah
sikit adab kita


jangan lah kurang ajar
masa sekolah dulu
ustaz dah cakap
ustazah dah kabar
jaga adab

mana pergi ilmu cikgu bagi
ia
memang benar
cinta tuh indah
indah la
kalau pandai jaga
hodoh kalau terlanjur


ya aku tau
aku pun insan gak
tapi setakat nih
aku boleh jaga lagi
takda lah sampai melampau


ingat
sama mak bapak kamu
tak pernah nakkan
anak yang susah
mereka jaga
rosak
rosak semua
zahir batin

EMMMM.....BOSAN DAN SYAHDU

hari dah petang
kawan ramai dibilik
lagu raya berdendang
sambil semua buka buku
esok ada ujian tengah semester
entah boleh jawab
entah tidak
mengaji
makin lama
makin susah



semua orang
bila depan buku
mata kuyu
bosan datang menjemput
kalau dengar lagu
semua ok
layan video lagi ok


emmmm
aku bosan
perut pun bertambah lapar
cuaca terik
menguji puasa
puasa yang x tentu lagi sahnya

emmmm
bila lah nak balik nih
balik jumpa ibu
jumpa ayah
tinggal di desa
ceruk dari pembangunan
namun
mereka suka
mereka bahagia
makan pakai cukup
sudahlah memadai bagi mereka


namun
sekarang
remaja
makin dimanja
nak itu nak ini
semua dari siapa
mestilah dari bapak
dari mak

lepas tuh
sebuk bergaya
tayang sana
tayang sini
cubalah
dikari sikit
latih diri
hadapi masa sakit
kelak
mak bapak
pasti tiada



emmmm
bosan
semua orang pasti rasa
tapi
macamana nak buat
ni benda biasa
kalau dah bosan pandai pandailah


pegi lah makan jajan ker
beli ais kacang ker
semu nya ok

tapi puasa
apehal lak dengan puasa
jangan sebab bosan
puasa
terbuang begitu

ingat
dunia ni sekejap

MENJELANGNYA

tak lama lagi
ramai lah orang pulang
dari kota ke kampong
bukan apa
cuma nak raya aidlfitri
dan

tak lama lgi
juga akan
berduyunlah warta
di peti televison
di corong radiu
memaklumkan
ada disana kemalangan
disini pun kemalangan
semua nya
dihadiri malaikat maut

menjelangnya
aidilfitri
ada yang ria
mana yang sakit
mana yang pergi
akibat kemalangan
terus sedih
nangis syahdu

menjelangnya
aidilfitri
bergerombol lah anak muda
kembali berjumpa pencipta
makin kurang lah rakyat
makin kuranglah tenaga singa


namun
trajedi boleh dihindar
kalu naik pengangkutan awam
namun
ia teruk
naif
sedih
walaupun dunia makin gah
rakyat masih enggan pakai
kata mereka
leceh
sesak


alahai biasa la sesak
ini awam punya
bukan tok wan punya
kalau nak selamt raya
naik lah
selamat sampai
jumpa orang tua
makin rendang mak masak
jangan sampai dah hilang sorang
baru sadis

SYARAHAN DAN NIKMAT

hari ini cuaca baik
cerah dan sehingga menembusi cermin tingkapku
pensyarah telah pun memaklumkan
adanya syarahan pada hari ini
mataku kini tak pula ingin terbuka
pada waktunya syarahan
sedarnya aku
hari sudah pun meninggi
syarahan yang sepatutnya ku datangi
telah berlalu begitu

namun sedihnya
tidak pula aku sadih
kerna ketinggalan syarahan
aku hanya leka melayan dendangan tidur
tempat beradu kekal menjadi teman
sudah hampir zohor
barulah terkesan untuk bangkit
bersiap dan berkemas


esok
ujian tengah semester menanti
sedia dan siap belum lagi
kawan masih lagi alpa
dengan muzik dan video
aku pun x lari
dari semua itu
entah bila mahu sedar
tentang penting pelajaran


nanti dan nanti
itu sahja yang kerap
bila aku rajin buku diselak
bila malas terkatup rapat kitab
entah pa
nak jadi esok
entah boleh tah tidak
aku hadap ujian
moga tuhan tolong
macamana tuhan mahu tolong
kalau sendiri malas
moga esok gemilang
macam ank muda gagah

PECAH BERITA.......SAH.....SAPP KELUAR BN...

Sabah Progressive Party petang ini sah telah mengambil keputusan untuk meninggalkn barisan nasional secara rasmi.

Keputusan ini diambil selepas mesyuarat majlis tertinggi parti yang berlangsung petang tadi.

SAPP mempunyai dua wakil mereka di bwah bumbung parlimen negara Malaysia.

HARGA MINYAK DAH TURUN,,,,,,,,APA TUNGGU LAGI,,,,,,,,

Jika dahulu kita,masyarakat dunia dibebani dan dikejutkan dengan pelambungan haraga minyak dunia yng meningkat dari hari demi hari tanpa menunjukkan tanda2 penurunan namun hari ini segala tanggapan kejam sang penguasa mengenai idea bahawa haraga minyak sukar untuk untuk turun demi menyakinkan rakyat nya sendiri tentag kewajaran mereka menaikkan haraga minyak secara mendadak pada masa lepas telah pun terhakis dimana haraga minyak dunia yang dikatakan akan terus mendadak telah pun mendadak juga kali ini tapi mendadak dari sudut penurunannya pula.Jika penguasa boleh mengambil alasan kenaikan haraga minyak dunia dahulu untuk menghalalkan kenaikan yang dipersetujui mereka mengapa pula mereka mahu menidakkan fakta penurunan harga minyak dunia sekarang untuk menurunkan haraga minyak demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat,rakyat yang memberi mandat pada mereka untuk menjaga kebajikan mereka. Dalam keadaan inflasi yang semakin meruncing dan membarah ini, kerajaan harus segera menurunkan haraga minyak tempatan demi menampung kesusahan dan ketandusan hidup rakyat yang semakin terhimpit ini. Oleh itu teramat wajar bagi mereka untuk menurunkan haraga minyak tempatan kerana dalam proses menaikkan nya amatlah mudah dan mengapa dalam proses menurunkannya amatlah berrat dan sukar bagi mereka, sesungguhnya penurunan haraga minyak semestinya bakalin mengundang cahaya penghapusan kesempitan hidup rakyat nya sendiri.

PECAH BERITA---- PENUKARAN PORTFOLIO,,,,,, APAKAH INI?

Tatkala survival politik dan kemandirian masa depan perdana menteri dilihat semakin kelam dan terus menghembus nafas lesu, beliau degan lekasnya mengorak langkah pemuliharan dirinya dengan melancarkan penukaran portfolio kementerian kewanagn yang selama ini diterajui olehnya dengan timbalan nya, Najib.Dalam masa itu portfolio kementerian pertahanan juga yyang selama ini dikepalai Najib pula telah pun bertukar tangan pada perdana menteri Malaysia. Namun masalahnya apakah muslihat dan rasional di sebalik rombakan kabinet yang mengejut ini? Pada pendapat semua pihak, mungkin strategi menyerahkan tampuk kewangan pada najib merupakan pelepasan jalan selamt yng diorak oleh dollah karena situasi kewangan negara yang kian meruncing dan menghampiri tahap yang tak mungkin dapt diterima rakyat.Dengan menyerah kan kewangan pada najib dollah berpendangan segala masalh yang berkait dengan kewanagn dan kegagalan merencanakan rancangan bajet 2009 kelak akan dipertanggungjawabkan pada najib dan dia boleh terlepas daripada terus dipersalahkan. Namun rakyat Malaysia kini tidak sebodoh dn sebengap yang disangka olehnya, mereka bisa memikir dan mengenali pesalah kewangan negara yang sebenarnya.

Pada rasional apakah sebenarnya dollah berminat pada portfolio pertahanan? Dan yang ditakuti sekarang ialah dengan peristiwa terbaru ini, abdullah bisa menyalahgunakan dan memperalatkan tentera untuk menggagalkan rancangan pengambilan kuasa daripada bn kepada pakatan rakyat yang dilihat semakin menampak sinar terjadinya trajedi bersejarah itu.semoga yang benar akn terus dinaungi ALL

Saturday, September 13, 2008

SORANG DAH LEPAS... JENG....JENG.........JENGGGG


Syukur lah kita semua dek kerna kerja keras dan usaha padu kalian semua menentang penahanan wartawan sin chew daily di bawah akta dalam negeri mebuahkan hasil yang setimpal apabila beliau dibebaskan pada pukul 11.30 pagi tadi..
haahahaha ini lah yang dikatakan dengan kemenangan rakayat, apabila pihak penguasa sudah tidak dapat lagi nak serap sagala tekanan yang dilemparkan oleh kudrat rakyat menentang segala bentuk kezaliman dan penindasan. Dan sekarang kerja dan tumpuan kita adalah berusaha padu menggenbleng keringat untuk terus mendesak penguasa membenarkan mangsa isa kembali dapat bernafas bersumberkan udara yang datang nya dari luar kawasan tahanan kamunting.hehehehe

semoga kerajaan sedar dan bangkit dari lena keangkuhan mereka bahawasanya taktik dan strategi ala kuku besi yang bertopengkan demokrasi taik kucing itu adlh seratus peratus tidak ralavan dan mengarut sama sekali. tukar syle la braderrr kah,kah,kah

sekian daripada saya kerna saya ingin bersiap siap untuk berbuka puasa bersama abg gua ngan akak ipar gua di restoran sabar menanti di ipoh
kami dah pun book meja lauk siakap 3 rasa muahhh
kah......kah........kah......

DITAHAN KERNA CETUS RASISMA-KAH.KAH...KAH

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif dan perkauman, kerajaan semalam melancarkan gerakan dengan menahan tiga individu.

Mereka yang ditahan ialah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Ketiga-tiga mereka ditahan kerana mengancam keamanan, ketenteraman awam, menimbulkan isu berbaur perkauman dan kebencian rakyat, termasuk di kalangan umat Islam negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengesahkan penahanan Raja Petra dibuat selepas tindakannya menyiarkan artikel tertentu di laman web Malaysia Today, diyakini boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam. Tan ditahan kerana menulis laporan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan Ahmad.



kah.....kah... kah.........kahhh ini pehal lak nih berita basian nih, kepala abah ko la senang senag jek kamu atau anda mahu menahan orang, sape sebenarnya yang berbicara tentang perkauman nih. Umno la ,UMNO!! kalu masa mesyuarat agung umno mesti ko dengar orng sebuk lah berbicar pasal melayu,ketuanan melayu, ni konsep tun muan nih sapa yang ajar ko nih UMNO oi. Kalau dah ade tuan mesti ade yang jadik hamba, bangsa mana yang nak kena jadik hamba tuh, mesti bangsa bukan melayu... hish geram betul la aku. hoi UMNO ko ni lain kali kalu membaca biar lah kasi paham skit, baca lah karangan raja petra tu betul2 kasi paham la brader, mane ada yang membangkitkan kekeliruan dan perkauman, adoiyai UMNO.

kalu Ahmad orang penag bukit bendera tuh buat pernyataan lagi lah terang2 rasisnya kamu tidak pula kepingin nak menahannya di bawah isa, tindakan tata tertib parti pun kamu tak laksanakan,hai umno i, ko pikir orng malaysia nih bodoh sangat ker? x tau nak bezakan mane satu zalim mane satu adil..... kah kah kah gelak aku nengok ko nih umno

kamu pikir best keh kena sumbat dalam jail tanpa sebab yang berbalaoi. kamu tak pikr ke perasaan keluarga sang mangsa kamu tuh?
cube la aku nih ambik kau ke, ank ko ke sumbat masuk jail tanpa sebab .apa kamu rasa? gembira? teruja? kah..kah.kah. pikir lah Umno.

ingatlah kiamat itu pasti
kekuasaan di dunia ni tak kekal lama.
kah.kah.kah..

huuuuuureeyyyy, Mahathir nak masuk Umno balik

hahahahahaha, ini ape citer nih, Cakap dah marah ngan Umno, Umno itu lah, Umno inilah, kutuk sane, kutuk sini, pastu tup2 hantar borang masuk Umno balik. Ini sudah bagus la kalu camni brader, bile ko dah masuk nanti senang lah Umno jadik lagi kacau bilau, ko la yang banyak menyebabkan Umno porak peranda selama ni, Kalu luar umno ko susah la nak kacau daun, ni dah nak masuk balik nih lagi senang la keje ko nak buat dua puak dalam Umno, makin mampus la Umno nih, Dengan itu marilah kita beramai ramai menghureykan kemasukan mahathir ini. kah..kah.kah.

Friday, September 12, 2008

KUI.......KUI........KUI PERANG UMNO DAH MULA...MARI RERAMAI SAKSIKAN

Emmm, dah mula dah diorng nih, depa semua ni tak sedar sedar lagi ke? dah la kene hentam time pru12 dulu, pastu kalah teruk pulak dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh aritu ni diorang dah mula lak nak gaduh sama sendiri. Kes ter baru yang berlaku baru ni ialah muhyidin yasin mengarahkan pelan peralihan kuasa daripada pak lah pada najib dipercepatkan. hai, dah nampak sangat la yang umno ni dah memang betul2 dah sakit. Dan yang terbaru Menteri Besar Negeri Sembilan, Muhamad Hasan pulak dah 'sound' muhyidin pasal per suwuh cepat la pulak.Adoi yai ko ni UMNO sudah sudah la, Tak yah la nak gaduh sesame sendiri. kui.........kui......kui

UMNO MENGGANASSSS............JENG.JENG,JENG

Hemmmm, Umno buat hal lagi, dalm keadan yang tersepit ini 'beliau' sudah mula megerah kudrat mereka seadanya untuk kembali melepaskan diri 'beliau' daripada cengkaman sepitan yang dicernakan oleh mereka sendiri. kah....kah.........kah

Selapas satu, satu lagi ditahan oleh mereka, tak cukup dengan Raja Petra, wartawan sin Chew daily pun diusung bersama menambah penghuni pusat tahan Kamunting Perak. Terbaru, Teresa Kok, MP Seputeh dan juga merangkap Exco kerajaan negeri Selangor pula ditahan. Jika ingin dikira dengan angka, sudah dua kali Raja Petra ditahan dibawah akta yang mengarut dan pengecut ini.Pada 10hb April 2001 Raja Pertra telah ditahan bersama 10 Reformis Tian Chua, Saari Sungip , Gobalakrishnan dan Tukar Tiub.

Setelah 60 hari ditahan Raja Petra telah dibebaskan. Manakala 6 orang Reformis telah di hantar ke Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun.

Tian Chua, Saari Sungip dan Gobalakrishan kini telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Tian dan Gobi di parlimen manakala Saari Sungip menjadi Adun kerajaan Pakatan di Selangor. Mungkin selepas ini giliran kamu, saya, atau pak Manap yang berniaga ais kacang ditepi tiang leterik sana, ini adalah kerna akta ini membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja tanpa perlu bukti dan perbicaraan di mahkamah. UNDANG-UNDANG APKAH INI?? INI UNDANG-UNDANG RIMBA!!!

ANAK SEMUA BANGSA- NASIONALIS, RASISMA, DAN PERKAUMAN

Selalu kita tersalah faham antara – nasionalis, rasisma dan perkauman.

Semangat nasionalis muncul apabila kita mula bertemu dengan kuasa kolonial. Semangat ini bukan hanya dirasakan oleh orang Melayu – malah semangat ini di rasakan oleh semua orang - sama ada di Asia, Afrika atau di Latin Amerika.

Konsep nasionalis ini adalah satu pembentukan fikrah. Ianya bukan sesuatu yang dapat kita pegang. Ianya di bentuk dan di beri takrifan mengikut pola dan ciri-ciri tempatan.

Kita jadi Melayu atau jadi Cina atau jadi Kadazan muncul dari satu proses pembentukan yang berjalan lama. KeMelayuan, keCinaan atau keKadaznan ini wujud dalam fikrah kita. Jasad lahiriah yang kita lihat itu tidak akan berjaya memberikan seratus peratus pemahaman seseorang tentang apa itu Melayu atau Cina atau Kadazan.

Nasionalisma Melayu terbentuk apabila munculnya kesedaran politik. Kalau kita membaca buku Sejarah Melayu kita akan dapat melihat bahawa 500 tahun dahulu tidak wujud konsep Bangsa Melayu. Apa yang tertera dalam Sejarah Melayu ialah konsep Orang Melaka, Orang Kedah, Orang Bintan dan dan dan.

Pertembungan kita dengan Portugis, Belanda tidak juga melahirkan nasionalisma Melayu. Ini kerana Portugis dan Belanda hanya ‘mengeledah’ di sekitar apa yang kita fahami sebagai Melaka. Ini pun bukan Melaka yang kita fahami hari ini. Portugis dan Belanda tidak memasuki ke pendalaman. Justeru Tanah Melayu yang telah di jajah oleh Belanda dan Portugis ini boleh di ‘ baca’ sebagai ‘mitos’. Pertembungan hanya pertembungan Orang Melaka dengan Benggali Putih.

Apabila British datang barulah kita lihat sistem penjajahan yang di rancang. Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sasaran kedatangan awal British. Kaum kolonial datang untuk mencari harta kekayaan. Tiga kota ini adalah kota perlabuhan yang menjadi pusat perniagaan.

Kesedaran Melayu yang dibawa oleh Tok Janggut, Tok Bahaman, Maharaja Lela adalah benih-benih awal yang telah memunculkan semangat nasionalisma. Semangat nasionalis Melayu moden dilahirkan oleh pemikiran baru yang di bawa dari Timur Tengah. Ini kerana kawasan Timur Tengah telah bertembung dengan Orang Putih lebih awal lagi.

Pemikiran konsep nasionalisma ini kemudian di kembangkan oleh pemikiran kiri Ibrahiam Yaacob, Ahamad Boestaman, Burhanuddin Helmi. Harus disedari, gerombolan United Malays National Organisation tidak wujud dan tidak memainkan apa-apa peranan ketika Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Hisbul Muslimin atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya bergerak untuk menaikkan semangat nasionalisma kebangsaan Melayu.

Nasionalisma Melayu bukan benci kepada orang asing. Yang di benci, dilawan dan di tentang oleh semua gerakan nasionalis sama ada di Asia, Afrika dan Latin Amerika – ialah penjajahan terhadap tanah air dan kawasan bumi mereka. Kaum penjajah ini datang bukan dengan niat yang baik tetapi datang untuk menaklok kawasan dan mengambil harta kekayaan negara itu.

Kalau kita melihat sejarah Perlembagaan Rakyat Putera- Amcaja (1947) kita akan memahami bagaimana terbukanya nasionalisma Melayu. Dalam Perlembagaan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua bangsa-bangsa – sesiapa sahaja yang ingin tinggal tetap di Persekutuan Tanah Melayu akan ditakrifkam dan dinobatkan sebagai Melayu.

Bayangkan bertapa radikal, progresif dan terbukanya sikap falsafah nasionalis Melayu yang sanggup menerima ‘bangsa yang datang mencari makan di Tanah Melayu atau yang di bawa oleh British’ – sebagai warga negara bangsa yang baru. Mereka juga menerima takrifan – Melayu.

Melayu dalam pemahaman para nasionalis pada ketika itu bukan biologi tetapi sikap cintakan bumi tempat kelahiran. Dengan mengambil sikap anti-penjajahan Perlembagaan Rakyat kaum nasionalis Putera-Amcaja adalah satu konstruk sosial yang berjangka panjang dan memandang luas ke hadapan.

Ini amat berbeza dengan nilai perkauman yang hanya melihat dari segi ciri-ciri biologi, budaya dan warna kulit. Sifat perkauman bentuk ini amat sempit. Ianya hanya mementingkan dan hanya ingin membela satu-satu kaum atau satu-satu budaya sahaja. Perkauman gagal membuka nilai kemanusiaan sejagat yang luas terbuka. Sifat dan nilai perkauman tidak berupaya untuk mencanai dan melakar nadi baik manusia sebagai insan. Insan yang yakin dengan falsafah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Didalam konteks Persekutuan Tanah Melayu, penjajah British yang pada ketika itu sedang menghadapi perang rakyat – tidak dapat tidak dalam usaha mematahkan pengaruh nasionalis Melayu dan menghancurkan gerakan nasionalis kiri – British telah memunculkan sikap dan konsep perkauman Melayu.

Sikap perkauman Melayu ini adalah taktik ‘pecah dan perintah’. Warga Tanah Melayu yang sedang bersatu mengangkat senjata melawan British kini telah ditanamkan sikap keMelayuan, keCinaan atau keIndianan yang sempit. Pergaduhan antara kaum ini adalah taktik yang paling mujrab untuk menumpaskan gerakan nasionalis dan membolihkan British terus berkuasa. Adu dumba yang bersadur perkauman adalah taktik yang terus dimainkan hingga ke hari ini.

Sampai ke hari ini sikap perkauman Melayu ini telah menjadi teras, dasar dan tiang seri gerombolan United Malays National Organisation. Sikap perkauman Melayu - pecah dan perintah - ini membolihkan gerombolan ini berkuasa dan mengekalkan kuasa. Sikap perkauman ini akhirnya akan melahirkan rasisma.

Rasisma ialah satu pandangan dunia dimana satu bangsa sahaja yang dianggap ‘betul dan berhak’ manakala yang lain bukan sahaja dipinggir malah perlu ditumpaskan. Rasisma ini amat jelas rupa hodohnya ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Sikap dan pandangan dunia rasis telah melahirkan Hitler dan fasisma. Hasilnya ialah pembantaian berjuta bangsa Yahudi yang dianggap musuh. Idealoji rasis ini telah mengkemudikan pembunuhan beramai-ramai sesiapa sahaja yang bukan berdarah German.

Di Malaysia manifestasi perkauman ini dapat dilihat jelas dalam konsep Ketuanan Melayu. Dasar Ketuanan Melayu ada rasis kerana ada satu kaum atau satu bangsa yang akan jadi tuan. Jika ada yang jadi tuan maka ada yang akan jadi hamba. Kaum dan bangsa mana yang akan jadi hamba dalam Ketuanan Melayu?

Setelah 50 tahun British mengundur diri, negara Bangsa Malaysia masih terlalu jauh. Kesedaran dan pandangan dunia warga negara kita semuanya berlandaskan – kaum apa, bahasa apa dan agama apa. Ini tidak sihat kerana anak semua bangsa di Malaysia masih belum dapat menerima dan membulatkan kesatuan cita-cita, kesatuan harapan dan kesatuan mimpi mereka dalam satu nasion yang dipanggil Malaysia.

Babak-babak politik akhir-akhir ini sedang ‘memperlihatkan’ kembali unsur-unsur ajenda Perlembagaan Rakyat 1947 dahulu. Dalam masa yang sama, gerombolan United Malays National Organisation sedang menggunakan ajenda perkauman dan rasisma sebagai senjata untuk terus mengekalkan kuasa dan mematah Ketuanan Rakyat.

Warga anak semua bangsa dalam negara kita sudah bersedia untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Batu halangan utama hanyalah gerombolan United Malays National Organisation.

Sunday, August 24, 2008

Monolog Seorang Nyah

NOTA: Artikel ini ditulis dengan maksud satira, dengan gaya bahasa slanga - pastilah tidak menggunakan tatabahasa rasmi. Jika tidak bersetuju dengan gaya penulisan artikel ini, anda dinasihatkan TIDAK meneruskan pembacaan.


"You ni... I betul-betul sedih bila I dengar you keluar parti you. I dengar you yang buat parti itu. Pasal apa you keluar? Ini dah ada orang buat cerita kata parti you tu dah umur 60 tahun. Kan you nombor satu dan mem you number dua. Mana masuk akal parti you 60 tahun. Tak kan lah you buat parti ni masa umur you 20 tahun. Masa tu you kan cute lagi belajar kat universiti Singapura. You pun masa itu belum jadi Melayu lagi kan? Napa you senyap aje tak cerita yang parti ni you dan mem you yang punya. Ni lah yang Mak tak faham.

La ni I dengar you dah merajuk. I dah dengar banyak cerita. Soh seh soh seh merata-rata. Orang parti you sendiri tak layan you lagi. Orang parti you ni betul-betul buat you macam selipar Jepun -- dah pakai, tinggal kat tepi jamban. Orang dah tak respect you lagi. I dengar kat Kubang Pasu pun dia orang ludah muka you. Ni yang mak tak faham ni. Dulu cium tangan you. Lah ni kentut muka you.

I jadi sedih ni bila I dengar orang parti you kata 'kita belajar dari presiden kita, dia yang ajar kita...' Orang parti you ikut betul-betul perangai you. Dia orang cerita, yang dulu pun you buat kalut bakar bontot Tunku. Lah ni dia orang nak bakar bontot you.

Lah ni orang dah mula cerita kalau you mati nanti mereka tak nak tanam you kat Masjid Negara. I sedih bila dengar labon orang parti you. Tapi masa Tunku mati dulu pun. you tak declare holiday kan? Pasal apa you tak declare cuti? You lupa ke ? Sekarang orang-orang parti you kata hendak ajar you betul-betul. Ni mak sedih. Mak risau you dibuang ke mana nanti.

Tapi mak nak tanya napa dulu you tak hormat pada Tunku? Dia anak raja, lah ni you kena daulat kot. Dah kena tulah. Tu pasal, jangan lawan Raja-raja.

I ada baca surat you yang you cerita masa ini udah tak ada orang parti layan you lagi. Hairan napa orang parti you buat you macam tu? Tak hormat you lagi. Orang parti you lupa you menangis dulu. Mereka dah lupa. Mereka tidak ingat muka cembeng you. Mereka mudah lupa, tak ingat muka you menangis dulu. La ni you nak menangis lagi ke? Kalau you menangis sekali lagi, you hentak-hentak kaki dan guling-gulingkan badan. Baru dia orang ingat you serius. Kalu tidak, dia orang ingat you buat lawak.

Betul ke I ada dengar khabar, ada orang Kubang Pasu nak datang jumpa you tapi kena larang? Woit betul ke cerita ni atau you sendiri yang buat-buat cerita? You memang pandai reka-reka cerita. You ada kelas bila karang cerita. Dulu you karang cerita main bontot.

Lah ni you buat cerita orang kena larang jumpa you. Biar betul cerita ni. Mak tak faham napa orang dilarang jumpa you. Ada lagi ke orang yang nak datang jumpa you? You salah kot... Mungkin orang Bangladesh sesat jalan kat Kubang Pasu?

I percaya betul cerita you tentang Singapura nak ambil negeri ni. I udah lama perhatikan perangai orang Singapura tu. I memang tak percaya negeri kecik tu. Dulu, I dengar mereka ada buat janji dengan Israel. Mereka beli kereta kebal Israel. Ni mereka dah ambil pulau kita. Punat betul Singapura ni.

Tapi Singapura ni bukan macam Penang ke? I dengar parti you juga yang kalut dulu. Tahun 1965 dulu, napa you tak bising hantar askar ambil Singapura? You takut apa? Masa tu you dah jadi Melayu. You ahli exco Pemuda dalam parti you. You dah jadi nasionalis. Tapi satu pun tak keluar dari mulut you. Ni laaa... Mak tak faham napa tak pret pret bising bising dulu.

I sedih bila you jadi korok macam ni. Dah ada orang berani kata you ni patut kena ISA. Orang yang kata ni suku sakat you juga. Asal usul dari India. I tak setuju you kena ISA. I dengar jahat you ni bukan untuk ISA. You tau... tak baik orang yang cadang ISA untuk you. Mana ada kelas you kena ISA. Standard you ni patut macam Slobodan Milosevic. Jangan potong stim. You ada kelas.

I ingat lagi you cakap di OIC. You memang kelas. You betul bukan Kancil. You betul-betul Proton Wira Dunia Ketiga. You berani. You jadi raja di Afrika. Orang Itam tak perlu visa nak datang lawat raja mereka. Lah ni ramai Orang Itam udah masuk Malaysia. Orang Itam ni semua datang nak cari you. Mereka nak jual Black Money pada you. I dengar di Zimbabwe ada Orang Itam nak buat makam besar untuk you kalau you tak diterima di Masjid Negara. Mak jeles dengar cerita ni. You betul hebat. You kelas.

You jaki ke dengan Dolah? Atau you jaki dengan menantu dia yang cute tu? I rasa you sudah silap, pasal ni I sedih. Patut you buat cerita baru untuk Dolah macam you buat cerita bontot dulu.

I sedih bila you merajuk kerana Dolah. Dolah, mana ada kelas. Dia tidur siang malam. Biar mak cerita sini... Lepas pagi election, Dolah bangun jam 11 pagi. Parti you dah jadi haprak tapi Dolah asyik tidur meninggi hari. Kah kah kah. Tapi you juga yang pilih Dolah kan? Ni yang buat mak confused. You selalu salah orang. I sedih bila dengar you salah pilih lagi. You ni cerdik tapi you bodoh. You potong stim I lah.

I ada dengar kawan lama you dari Jay Bee yang kata you ni macam duri. Kawan you ni betul-betul tikam you dari belakang. Betul tak I kata? You tak pandai pilih kawan. I sedih bila kawan lama you cakap lagu tu. Berani dia kata you ni macam duri. Duri ni halus. Dia tak tahu you bukan jenis duri. You tunggul kayu. Tunggul keras.

I sedih betul bila I dengar parti you jadi haprak. Ramai orang udah tak hormat parti haprak yang you buat dulu. I dengar parti-parti lain juga udah mula nak lari tak mahu dekat dengan parti haprak you. Pasal ini you keluar parti? Tapi mak tak faham masa you keluar parti kenapa tak ramai orang yang ikut you? I marah bila you keluar sorang-sorang. Mana geng you yang lain?

Anak you sendiri pun tak ikut keluar. Mana ada kelas anak macam ni. Ini anak siapa?

Bila you keluar parti, I dengar ramai orang buat kenduri syukur. Betul ke cerita ini? I dengar banyak loyar-loyar buruk kat Bar Council buat kenduri. Loyar-loyar buruk ni buka champagne Dom Perignon. You ni betul-betul jadi haprak macam botol.

I sedih dengan loyar kawan you yang kata korek korek korek. I hairan macam mana you ambil dia jadi lawyer you. You ni selalu pilih salah kawan. You betul-betul buat I sedih. Lawyer korek korek korek ni mana ada kelas. Dia ini kelas paling bawah!

I ingat you janganlah merajuk lama sangat. Muka you tambah jobo nanti. I ingat you baik cari peguam yang bagus-bagus bukan yang korek korek korek. I dengar ramai orang nak saman you. You ni sudah jadi selipar Jepun. I risau apa jadi dengan you nanti kalau you kena saman.

Mak tunggu-tungu you buat cerita baru untuk Dolah. Ni you bising cerita lama. Cerita ini dah karat. Maaf... fasal reka-reka cerita ni mak kurang pandai. Tapi I tahu cerita Siti. Auuuw. Jangan bagi I sedih."

Saturday, August 16, 2008

Sumpah Saiful cara kristian-Tok Guru NIk Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.




Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.
Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.
Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.
Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.
Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.
"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya. _

Mari menyingkap keanehan demonstrasi mahasiswa UITM


Gempar. Itulah istilah yang difikirkan sesuai buat tindakan 'berani' para golongan yang bergelar mahasiswa UITM. Suasana jendela politik Malaysia kini dilihat semakin rancak dengan hadirnya semangat berdemo dari pihak mahasiswa. Namun kali ini ianya dianggap pelik,mengapa? Pertama sekali ialah dari segi angkanya iaitu melebihi 5ooo mahasiswa menara gading tersebut. seramai 5ooo mahasiswa UITM berkumpul dan berdemo dihadapan bangunan SUK Selangor. Hal ini tidak lain adalah dek kerna membantah tindakan dan cadangan saudara Menteri Besar Selangor yang mengemukan idea membuka kemasukan menara gading tersebut kepada golongan bukan bumiputra dan bangsa asing.


Tetapi soalnya sekarang mengapa ia mesti diadakan dan dikepalai oleh mahasiswa UITM, mahasiswa yang sering dan sepi dengan demonstrasi mempertahankan hak mereka jika hendak dibandaingkan dengan UKM,UM dan UIA, universitas yang boleh dikatakan lazim dalam perjuangan mereka mempertahankan hak dan menentang kezaliman dan penindasan. Sekiranya diperhatikan dan diteliti sepenuhnya didalam situasi ini, banyak situasi aneh dan ajaib yang berkunjung ketika demonstrasi ini berlaku. Oleh itu didalam tulisan saya untuk kali ini ingin sukacitanya saya mendedahkan keajaiban peristiwa ini, Antaranya ialah




Kenapa pihak polis atau FRU tidak kelihatan atau sememangnya mereka tidak berada di tempat perhimpunan. Sungguh menghairankan jika mereka tidak berada di tempat kejadian! Apakah SB-SB yang ada sudah ‘tidur’ semuanya sehingga tidak tahu satu perhimpunan sebesar itu akan diadakan.
Kenapa pihak kerajaan ataupun pihak polis tidak memberi komen dari segi sama ada perhimpunan ini mendapat permit atau tidak? Selama ini, kalau ada demonstrasi aman sekalipun, pihak polis dan pihak kerajaan mesti sibuk menyatakan perhimpunan tidak ada permit. Sebaliknya, kenyataan Pak Lah yang menyatakan MB Selangor tidak ada kuasa menentukan kuota, nampaknya bersifat menyokong demonstrasi oleh pelajar UiTM tersebut.
Atau apakah pelajar ini telah mendapat permit? Jika ya, alangkah efisiennya pihak polis Malaysia, di mana MB Selangor baru mengeluarkan cadangan pada hari Ahad, pada hari Selasa perhimpunan besar-besaran telah di adakan. Ini bermakna pihak polis hanya mengambil masa sehari sahaja (Isnin) untuk mengeluarkan permit. Tahniah untuk PDRM yang begitu efisien.
Apakah salahnya MB Selangor yang hanya ‘mencadangkan’ agar kuota sebanyak 10% dibuka kepada bukan bumiputera, bukan MB ada kuasa pun untuk ubah kuota tersebut, dia hanya mencadangkan, itu pun untuk meningkatkan status UiTM juga. Ringkasnya, apakah sebuah ‘cadangan’ yang tak salah dan tak membawa kesan pun, perlu dijawab dengan demonstrasi besar-besaran.
Media memetik kata-kata beberapa orang pelajar yang menggambarkan seolah-olah hak keistimewaan orang Melayu akan terhakis dan musnah dengan ‘cadangan’ pembukaan kuota 10% itu. Waraskah hujah ini?
Apakah dalam negara demokrasi kufur ini yang mendewa-dewakan kebebasan berpendapat, kini, dengan hanya menyuarakan pandangan sekecil itu pun sudah dianggap salah dan mesti ‘diperangi’ habis-habisan?

Kita sama-sama saksikan nanti sama ada AUKU akan digunakan oleh kerajaan untuk mendakwa para pelajar UiTM ini yang telah terbabit dengan satu perhimpunan haram, atau jika mereka tidak di dakwa, mungkin sebenarnya perhimpunan ini telah ‘dihalalkan’ oleh kerajaan untuk memburukkan parti lawan? Berdasarkan keanehan yang kita saksikan ini, kita yakin bahawa ia bukanlah secara murni datangnya dari para pelajar, yang masih boleh bergelak ketawa, tersenyum lebar dan bersorak-sorak di sepanjang perhimpunan tersebut. Para pelajar ini langsung tidak kelihatan bersungguh-sungguh memperjuangkan atau risau dengan kehilangan hak Melayu mereka, malah kelihatan bersorak-sorai dengan riang dan tawa sambil menyanyikan lagu terima kasih kepada pemimpin. Jadi, siapakah di belakang tabir? Siapakah di belakang segala ini? Sepertinya seperti terpacul pihakyang memperalatkan golongan ini demi meneruskan seteru politik keji mereka.Wallahu 'alam

P44,Permatang Pauh-berpeluangkah anwar?


Tanggal 16 September 2008 sekali lagi bumi bertuah permatang pauh dihujani dan dibanjiri lautan manusia yang datang dengan berbeda ideologi dan fahaman politik mereka. Jika ingin di ukur dari aspek nombor dan angka, sudah terpapar jelasnya bahawa Dato Seri Anwar mempunyai kelebihan yang nyata. Namun adakah beliau mempunyai peluang yang cerah untu menduduki takhta permatang pauh yang sudah ditaklukinya sejak pilihah raya umum tahun 80 an lagi.
Sudah banyak tokoh dari pihak opposisi yang diletakkan di permatang pauh demi untuk menyekat anwar daripada menduduki tempat di dewan rakyat malaysia. Antara tokoh opposisi yang pernah tumbang di tangan beliau adalah seperti Muhammad Sabu, seorang ikon remaja dari Pas yang lantang dan berbisa suaranya, yang kini, Muhamad Sabu telah pun menyandang tampuk kuasa naib presiden pas. Seterusnya ialah saudara Mahfuz Omar, yang juga seorang calon opposisi yang bukannya calang-calang tajam lidahnya ketika menetang kepincangan umno dahulu, dan sekarang Mahfuz omar telah pun menyandang jawatan ketua dewan penerangan Pas pusat, namun kedua dua tokoh tersebut rebah begitu sahaja ketika menentang anwar dahulu.


Bagaimana pula dengan Arif Shah, siapakah dia??layakkah dia untuk menumbangkan anwar?
Jika kita semua melihat dari segi sejarah pilihanraya kecil yang berlaku di Malaysia ini, ianya adalah sama sekali tidak memihak kepada pihak opposisi, walaupun tempat dan kawasan yang ditndingi itu adalh tersohor sebagai kubu kuat pihak pembangkang. Mengikut pandangan benak dan kotak akal saya, ianya adalah bersabit daripada pelbagai faktor. Dan bagi saya faktor yang paling besar dan paling mempengaruhi keputusan ialah kepincangan Suruhanjaya Pilihanraya, suruhanjaya yang dicanangkan bebas namun dari segi hakikat dan realiti alam nya ia adalah sebuah suruhanjaya boneka dan boneka itu adalh dikawal dan dibawah telunjuk sang perdana menteri dan milik parti pemerintah. Berbekalkan penggunaan media ,kepincangan spr, dan dana dan politik wang yang melampau jadi kemenangan bagi pihak Anwar adalah sesuatu yang belum pasti dan tidak boleh kita katakan kerusi itu sudah dimiliki oleh beliau.

sebagai contoh pilihanraya kecil pendang kedah, walaupun sudah diketahui minda umum bahwasanya pendang adalah kubu kuat Pas dan dahulunya adalah kawasan yang diwakili oleh Presiden Pas itu sendiri iaitu Ustaz Fadzil Noor, namun berbekalkan segala taktik kotor sang penguasa, pendang yang dahulunya marak dengan api semangat Pas tumbang dan rebah juga di tangan pemerintah.

walaupun jika dinilai dari segi ketokohan dan jasa terhadap negara, sudah tentunya Anwar mengatasi 2 orang lawannya di belakang sekali tanpa kelihatan kelibat mereka, namun seperti yang saya katakan tadi kemenangan itu sesuatu yang pasti bagi pihak Anwar Ibrahim.

Konklusinya, sekiranya piliharan raya ini berlaku dengan telus dan adil sudah semestinya permatang pauh dibawah naungan Anwar, namun jika sebaliknya berlaku, peluang untuk kedua dua belah pihak adalh sama dan saksama. Oleh itu sama-samalah kita semua menanti keputusan yang bakal diumumkan oleh SPR kelak.semoga yang benar mendapat hak nya dan yang zalim mendapat azabnya.

Sekian , akhir kata daripada saya, SULTAN ADIL SULTAN DISEMBAH,SULTAN ZALIM SULTAN DISUMPAH!

Mengapa Mesti Assabiyah Wahai Teman-Teman..

Kebangkitan mahasiswa? satu perkara yang gah dan sering kali dinantikan sesiapa sahaja yang terbuka kotak mindanya terhadap kemashlahatan bangsa dan ummahnya. Namun demi apakah tujuannya kebangkitan itu? adakah semata-mata demi agamamu atau demi bangsa mu. Jika ianya adalah demi agamamu Islam ia adalah sesuatu yang mesti, namun jika ianya berpaksikan bangsa, usah lah wahai teman-teman. Usah lah anda berkobar- kobar mempertahankan bangsa mu melewati semangatmu menyelamatkan agamamu. Ingatlah wahai temanku di UITM, sudah dan hantikanlah semua ini. Tidak lah saya menulis ini karena saya adalah seorang yang bergelar golongan yang melupakan akar dan asal usul saya sebagai seorang melayu. Ianaya adalah tidak sama sekali.

Mengapa dakyah yang berteraskan bangsa ini sering kali dirakyatkan di menara gading mu?
Mengapakah dakyah dan syiar Islam mendapat layanan yang sebalik dan seburuknya? Adakah bangsamu ini adalah salah satu jaminan bagimu pabila kamu menghadap Allah kelak? Mengapa begitu berkobar keringat gagah muda mu pabila kedengaran di telinga mu mengenai cadangan membuka keahlian UITM pada kaum bukan bumiputra? Mengapa pula tidak terketuk pintu semangatmu untuk turun dijalan mentang kezaliman dan kebusukan tindakan sang penguasa pada rakyatnya, baik di Malaysia mahupun di seantero dan pelosok dunia.Mengapa?
Ingatlah wahai teman-teman sesungguhnya bangsa Arab dahulu kala menharungi zaman jahilnya adalah kerana semangat assabiyah dalam kalangan mereka. Semangat mementingkan bangsa dan puak itulah yang melayakkan mereka digelar masyarakat jahiliyah. Tidakkah kalian sedar bahawa kalian semua sedang dan memacu kearah itu. Kearah bangsa yang memntingkan kepentingan bangsanya sahaja. Kita Malaysia adalah sebuah negara yang bukannya dimiliki oleh melayu sahaja, Cina, India dan lain-lain juga menyayangi dan rela berkorban demi tanah tumpah darah mereka ini,
Cubalah kalian fikir sedalamnya, sampai bilakah kalian harus terus dimanjakan dengan syarat kemasukan yang rendah, peluang yang banyak dan melimpah banyaknya di dalam UITM. Sampai bila? Sampai bilakah kalian tidak mahu menerima persaingan dari bangsa lain demi untuk membangunkan bangsa mu sendiri wahai teman. Sesungguhnya tidakkah kalian semua akan lebih bekerja keras selepas ini sekiranya bukan bumi menyertai kalian demi untuk memartabatkan lagi bangsa kalian, sudah pasti kalian tidak mahu melayu tewas bukan?Justeru dengan cara ini, semangat bersaing kalian akan mendadak dan sekaligus menjunjung martabat bangsa.Bukannya ada apa sangat lah dengan cadangan Menteri Besar Selangor, cuma membuka 10 peratus sahaja kepada golongan bukan bumiputra yang juga rakyat malaysia, rakyat yang menyanyikan lagu kebangsaan yang sama, rakyat yang berkongsi rukun negara yang sama. Masih ada lagi 90 peratus lagi untuk kalian, adakah itu tidak mencukupi?
Pengurangan yang dilakukan sebanyak 10 peratus tersebut juga akan sekaligus meningkat keringat menuntut ilmu dalam kalangan bangsaku, Melayu demi untuk melayakkan kaki mereka di menara gading. Tidakkah ini mengusung perubahan dalam benak dan ideologi melayu terhadap peluang dan cara untuk merampas dan menggarapnya.
Para mahasiswa dan mahasiswi adalah golongan intelek yang dikurniakan oleh Allah otak yang cerdas dan sihat sepatutnya lebih bijaksana di dalam memilih bentuk perjuangan yang sebenar. Mengapakah pemikiran mereka perlu disempitkan dengan perjuangan assobiyyah? Mereka seharusnya membebaskan belenggu-belenggu pemikiran kufur assobiyyah ini agar dapat berfikir dengan lebih matang. Jika tidak, mereka akan mudah diperalatkan oleh pihak tertentu. Nasib ‘bangsa’ Melayu bukanlah satu perkara yang patut diperjuangkan, malah haram, dan haramnya teramat jelas dan ia adalah assobiyyah yang sangat-sangat dibenci oleh Rasulullah. Dengan akal yang cerdas dan sihat itulah, mereka sepatutnya meninggalkan assobiyyah dan mengambil Islam, sebagai satu-satunya wadah perjuangan. Mereka perlu ingat bahawa mereka pasti akan dihisab oleh Allah atas setiap langkah assobiyah atau langkah Islam yang mereka ambil. Pilihan di tangan mereka. Perjuangan assobiyyah telah lama menghancurkan dan menyekat kesatuan umat Islam. Disebabkan itulah ia mendapat larangan yang tegas daripada Rasulullah SAW, sabdanya:

”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]

Memperjuangkan assobiyyah Melayu yang haram ini tidak akan menjadikan bangsa Melayu lebih baik, malah akan terperosok nun lebih jauh ke dalam jurang kejahilan dan kemusnahan yang amat dahsyat.

Wahai teman-temanku semua!

Ingatlah akan ayat-ayat Allah, ketika mana kaum Muslimin dahulu dihasut syaithan dan sedikit tergelincir ke jurang assabiyyah, maka Allah swt terus menurunkan ayatNya,

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu berpetunjuk.” [TMQ Ali Imran (3):102-103]

Justeru, janganlah hendaknya teman-temanku semua tergelincir dengan hasutan syaithan, baik itu syaithan dari kalangan jin mahupun syaithan dari kalangan manusia yang senantiasa berusaha menyesatkan kalian dari jalan yang lurus. Berjuanglah untuk Islam, jangan berjuang untuk bangsa! Hanya dengan perjuangan kepada Islam sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita dari jurang neraka. Na’uzubillah min zalik.

Blog Archive